Sabtu, 28 Januari 2012

ISLAH IKHTILAT...!!!





Bismillah..

Huh!!!

Isu IKHTILAT…satu isu turun temurun..dari dulu sampai sekarang..isu PANAS! bagi golongn mahasiswa islam 

khususnya..xkira di tanah air..mahupun timur tengah…

Bila sebut ikhtilat ..apa perkara utama yang tergambar di benak kita?? Saya yakin first impression kita 

adalah couple,dan pergaulan antara lelaki dan perempuan atau mudahnya Suasana yang penuh maksiat..

Allah kotornya IKHTILAT

Banyak salah faham terhadap istilah IKHTILAT..saya tidak lah bercadang untuk mensyarah hukum2 

nya..mungkin blog ni boleh membantu,,


Iktilat tidak Syar’ie

Syahid utama di sini adalah “ikhtilat tidak syarie’”

Kekadang istilah bahasa sesuatu perkara itu tidak boleh di ambil enteng..disebabkan salah istilah ramai juga 

yang bertelagah..

Pelbagai reaksi dan pandangan dalam membicarakan isu ikhtilat tidak syarie’..

Ada yang terlampau “keras”..

Ada yang berpendirian wasotiyyah…

Ada yang menganggap itu perkara biasa..

Yang menyedihkan ada yang memilih untuk bersikap  “akuisme” @ berlepas diri dalam isu ini..

Sedih..amat sedih sekali bagi golongan yang berlepas diri dalam kes ini..akibat sikap “x pe” barah ini berleluasa..

 “Bergayut xkira masa..

“kemudahan internet disalah guna..fb,ym,msej..

“saling ingat mengingati..ibarat dah tiada teman sejantina..

“Berlumba2  berbalas comment..

“Ber’skype smbil tayang muka..

“Keluar ke sini sana..

“Bergurau senda..bermanja2..

“Kekadang beralasan kan kerja…akhirnye meleret entah ke mana

Salah siapa?? Salah diri sendiri mmg semesti tpi jgn lupa kalian disekeliling turut menyumbang saham..       

dan kadang2 mggalakn dek kerana xde siapa yang PEDULI..


APABILA DOKTOR Hati SAKIT Hati…


Kerisauan makin terasa..lebih2 lagi yang terjebak ini adalah dikalangn mereka2 yang membawa pulang ijazah SYARIAH..

Mungkin xlah sama seperti golongan di luar sana..method yang digunakan diolah sedikit agar terasa tidaklah 

“berdosa sangat”..akan tetapi sedarilah..bilamana kita ditahap MAHAsiswa maka godaan dan ujian yang 

datang bukan sembarangan..dan level Syaitan yang bertugas juga adalah MAHAsyaitan..(amat licik)..dengan 

pndekatan cinta ana enti..

Apabila Generasi harapan sendiri yang berkecimpung dan terjerumus dalam wabak ini maka siapa lagi yang 

akan MEMBAWA KUMURNIAN ISLAM???..siapa lagi yang akan menjadi DOKTOR merawat para pesakit yang 

saban hari kian tenat dek keruntuhan moral yang makin membarah???.. saya menulis  atas tittle penuntut 

agama ..kalau dulu ia merupakan “A’IB KABIR” bagi penuntut ilmu Agama..berbeza keadaannya kini ..perkara 

itu seolah2 menjadi”AA’DI” atau lumrah..

Kerana apa? Mungkinkah kerana telah terKUBUR sifat malu..sifat sebahagian daripada iman..

Ahh!,,mudahnya kita mengukir kata,meludah rasa,mengata ini x kena,itu berdosa..KERANA mungkin bukan 

giliran kita..mungkin bukan masa untuk terkena..mungkin masih terpelihara..

Teringat kata2 Ustaz Azhar idrus

“ISLAM BUKAN MENYEKAT DAN MENGHALANG..ISLAM AGAMA MENDIDIK”



Allah..harmoninya islam..tidak zalim pada penganutnya..tidak menyekat bahkan beri garis panduan agar x 

tersasar dari landasan..agar ia dinilai I’badah..Asal sesuatu perkara adalah HARUS,Asal ikhtilat adalah haram..


dalam keadaan dharuri ianya perlu diurus sebaiknya agar tidak tergelincir dari garis panduan yg telah 


ditetapkan kerana sememangnya fitrah manusia memerlukan komunikasi dalam kehidupan seharian..


kerana semangnya manusia hidup dan berinteraksi dengan yang bernyawa..


akan tetapi berkadar lah..ikut lah sebagaimana yang ajar oleh ISLAM,yang 

diperintahkan oleh Al-Khaliq..kerana dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya..kerana dia 

Maha Pencipta..

Oleh yang demikian..ayuh sama2 kita fikirkan cara ..bukan hanya lebat berbicara tanpa ketemu punca tanpa 

dicegah segera..

Salurkanlah Hubungan dengan cara yang diredhai..JIKA BENAR..kita  berprinsip  menggapai 

MARDHATILLAH..

Sama2 lah koreksi diri..bentengi diri..agar x turut tergelincir di lubang yang sama…


KEMPEN “2i”..


Banyak perkara yang boleh kita buat bagi membantu menangani isu ini..bermula dari diri sendiri..

KEMPEN “2i”

Ringkasan kepada -ISLAH IKHTILAT-

Antara salah satu ikhtiar paling kurang untk mengurangi dan agak mustahil boleh membanteras licin 

permasalahan ini..

Islah= membaiki/membetulkan/mengelokkan

Ikhtilat= hubungan(antara lelaki dan perempuan)

Maksud Kempen ini adalah untuk memperbaiki mentaliti berkenaan IKHTILAT dan memperbetulkan kembali 

cara pengamalan IKHTILAT dalam mua’malat yang sebenar..

Ini kerana realitinya sekarang ramai yang tersilah faham dan mengambil dari satu side sahaja..dan xkurang 

ramai yang tidak memahami konsep Ikhtilat itu sebenarnya..moge Usaha yang kecil ini sedikit sebanyak 

membantu menyedarkan sahabat sahabiah dari terus lena dengan Isu ini..Hakikatnya kalau tidak ditanggani 

dengan baik akan menambah barah ke dalam Ummat Islam..Dan Gerak Kerja ISLAM islam sedikit sebanyak 

terjejas seterusnya akan membawa FITNAH kepada agama ISLAM sendiri..

Berusaha menjaga diri,semaikan sentiasa rasa malu,pelihara diri dari melakukan perkara2 yang 

ditegah..Mohon dari Allah swt agar sentiasa melindungi diri dari FITNAH dunia,Hasutan syaitan,Godaan 

Iblis dan perkara yang melalaikan..Moga Allah swt menutup A’ib kita di Dunia dan Akhirat..Allahumma AAmin.

Aqulu Qauli Haza Wa astaghfirullahal a’zhim..



Di mana Bumi Dipiijak..
      Di situ ISLAM diijunjung    

0 ulasan:

Catat Ulasan

"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.."