Ahad, 5 Jun 2011

Tuhan..Mampukah AkU....

Assalamualaikum wbt..
Tanggal 5hb Jun 2011..
Tetiba perasaan sebak menyelubungi diri..hadirnya tidak diminta disaat keputusan diumumkan...air mata keluar tak dapat ditepis begitu laju ia jatuh...jatuhnya ia bukan kerana gembira akan tetapi.....
 Telah tertimpa ke atasku sebuah BATU berupa AMANAH...diri ini bagaikan kaku mendengar pengumuman tersebut..terasa terAMAT2 berat taklifan yang telah diberikan..
kekadang hati dan fikiran bermonolog sendiri..kenapa aku???mampukah aku??? bolehkah aku..menyedari begitu ramai yang lebih layak dan hebat berbanding diriku yang ketandusan ilmu serta kemahiran...Ya Allah...


Jauh di sudut hatiku..perasaan takut,bimbang & resah sentiasa berlegar2..bermacam perasaan bermain difikiran dan sedikit mmberi tekann di jiwa..apbila bertukarnya status dari pemimpin DIRI kepada pemimpin SOHABI maka kedudukan dan tempat kembali pun berubah...teringat pesan Ibunda Ustazah Halimah sa'diah ketika berada dalam PPDQ..Pesannya:"Jalankan amanah dengan sebaik mungkin..ingatlah,kedudukan seseorang pimpinan itu di akhirat kelak ialah dijurang neraka..maka jika baik panduannya kepada mad'u maka terselamatlah..jika buruk panduannya..maka jatuh lah ia ke dalam api neraka"..wa i'azubillah min zalik.. kalau dulu semuanya bergantung pada diri dan boleh buat sesuka hati tanpa perlu berfikir dua tiga kali..kini,lain caranya..semuanya mesti LEBIH lagi fikir baik buruknya...kerana semuanya akan mmberi kesan kepada yang dipimpin..




Namun ku akui ini semua ketentuan Ilahi..aku mesti redha dan pasrah..ya Allah..aku telah bersangka buruk pada-Mu..ku pasti ini adalah cabang dari kerja2 islam yang mestiku laksanakan..sebelum tugasan yang lebih besar di arena dakwah dipikul.. ku terima taklifan ini sebagai menyahut amanah yang telah diberikan..cuba memberi bagi yang mengharap..cuba menerima bagi yang memberi kepercayaan...ku akur dan mesti disambut amanah ini sebagai taklifan BUKAN tashrifan..kata2 sahabat penguat  semangat..

"sahabat..jangan engkau kata tak mampu dalam kerja dakwah,
jangan bandingkan kemampuan orang lain dengan kemampuan yang engkau miliki,sebaliknya perahlah segala tenaga dan buah fikiranmu untuk islam..kobarkan semangat mu'minah mujahidah (pejuang beriman) dalam dirimu..bukan aku yang menolongmu tetapi Allah yang akan menolongmu dengan pertolongan yang besar kerana engkau bekerja kerananya..ingatlah sahabat wanita yang lemah tidak mungkin mmpu melahirkan generasi yang berkualiti..Utamakan pandangan ALLAH,bukan pandangan manusia.."

.Dorongan2 mereka memberi taujihad kepadaku untuk cuba mnjalankan amanah ini...INSYALLAH akan cuba melaksanakn taklifat yang diberikan dengan sebaiknya..moga semuanya baik dengan pertolongan dari Allah swt dan semua sahabat2..hakikatnya semua kembali kepada Allah swt..                                             "قال تعالى:" إياك نعبد و إياك نستعي..dan segalanya ku serah pada-Mu RABBUL IZZAH..tuhan yang tiada tanding tara.."قال تعالى:" فعليه فاليتوكل المؤمنين



Semoga amanah yang telah ditaklifkan ini akan lebih mendekatkan aku dengan-MU..dan dapatku menabur sahamku untuk kehidupan akhiratku..
Ya Allah bantulah aku dalam arena memimpin ini..moga aku jua terpimpin dalam tarbiyahmu..
Berikanlah aku kekuatan ruuhiyyah dan jasadiyyah dalam mnjalankan tanggungjawab ini demi islam
Jadikanlah aku pemudah cara bukan pemusnah dan perosak ...pelihara daku dari menjadi fitnah pada agamamu..
Kurniakanlah ilmu dan kelebihan anugerah dari-Mu yang boleh ku manfaatkan kepada yang lain
Aku mohon padamu pandulah aku..lindungilah aku..kuat serta teguhkanlah Imanku..
Kurniakan anggota badan yang sentiasa siap siaga berkhidmat untuk agamamu..
Jauhi aku dari terjerumus ke lembah tashrif..
Jadikanlah Rasulullah Saw tetap sebagai idola dalam setiap tingkah perbuatanku..
Amiiiiin ..Ya RABB..

Terima kasih semua atas dorongan dan sokongan serta kepercayaan yang diberikan..

Wallahu taala a'lam.
Di mana bumi di pijak,di situ ISLAm dijunjung








  

0 ulasan:

Catat Ulasan

"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.."