Sabtu, 10 Disember 2011

Syita' datang lagi!!

Bismillah..
Alhamdulillah a'la kulli haal wani'mah..
Allahumma solli a'la saidina Muhammad wa'ala aalihi wasohbihi ajmaieen.

Alhamdulillah selama2nya..syukur dilafazkan kerana masih lagi berkesempatan walau dalam kesibukan fatrah imtihan dunia..bertemu kasih bersama2 adik bradik "yang sayang.."

Pertemuan santai2 ..tapi ada beberapa input buat pedoman diri..

(sedang sembang2 sambil makan2)

yang syah: camne adik bradik..ok x?syita'2 n..
yang dhirah: hm..setakat ni saya xguna lagi hirom dan sobah nak tido..pakai pun biasa2 je..bilik     saya panas je..mungkin sebab banyak sangat kot barang2 dalam bilik tu..cumenye kaki je lah cam merekah luka2 ckit..
yang syah dan lain2: hai bahayanya budak ni..bla2..bla2..ni syita'2 jagalah diri jangan buat kebal sangat effect kat mesia nanti.. 
Yang fifah mmberi sedikit peringatan dpetiknya kata2 Fathi Yakan perkara2 yang boleh membantu untuk memperbaiki diri ...antaranya qiamullail.
 yang syah: sebut pasal ni teringat plak ada hadith yang menceritakan nabi merai'kan syita' n dengan bangun mendirikan qiam..memandangkan malamnya yang panjang.. 
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Musim sejuk adalah musim yang terbaik bagi orang-orang beriman. Malamnya panjang, lalu dia berqiamullail padanya. Siangnya pendek, lalu dia berpuasa padanya." dicopy:dpetik di dalam "majma' Az-zawaid" 
yang fifah: susahnya nak bangun qiam sejuk2 ni..
yang hanan: hm..klu zikir pun dkira qiam jgk kn..
yang fifah: a'a..tapi xtahan jgak klu duduk je..mesti tido balik..he..he.
yang dhilah: tulah serba xkena..o ye,ad terbaca satu syair bkenaan syita' n tp lupa lh..nntilah saya post kt kita punya group fb.
yang wani: yeke..bestnye..nak tau lah..

*selang bberapa ketika setelah selesai berTDI..yang dhilah mnunaikn jnnjinye.

Kalau musim panas, katamu, letih, lantas siang yg panjang diisi dgn tidur.
Tiba musim sejuk, malam yg panjang juga diisi dengan tidur, katamu, terlampau sejuk.
Musim bunga dan luruh pula, katamu, ini masa untuk berehat dan memandang keindahan alam.

Justeru, musim apa lagi kita mahu? Bila lagi?

(ini antara maksud (secara mafhum, bukan harfiah) sebuah syair Arab yg sgt indah.blh cri sdiri kut matannye =) ((tunai janji sy pada yang Syazwani Wahab)
~Via fb.~


Kata2 yang baik untuk direnungi..
hakikatnya itulah diri sentiasa mencari alasan..xpernah rasa cukup dengan apa yang ada..NAU'ZUBILLAH..
Moga Allah swt menjauhkan kita dari tergolong dalam golongan kufur ni'mat..

 قال تعالى:لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد 


Subhanallah..pertemuan dan temu kasih yang cukup baik..walau hanya bersifat santai2..moleknya satu perkara yang biasa2 tapi boleh sama2 direlatekn dengan tambahan ilmiah ..

#moga sama2 dapat mengambil istifadah ..

Di mana bumi dipijak
          Di situ Islam dijunjung
http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=2775&idto=2775&bk_no=50&ID=2792#docu

Kekadang silap itu PERLU..


Sollu a'la HABIIBIL MUSTOFA..
Sollu a'la Nabiyyil Kareem..
Sollu a'la Rasulul Ameen..
Allahumasolli wasallim ala'Sayyidina Muhammad wa a'la Aalihi,waAzwaajihi,waAshaabihi,waTtabiiena biihsaani ila yaumiDdin..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran ke hadrat Rabbul Jalil atas limpahan Rahmat dan Inayah-Nya yang berterusan dari dulu hingga sekarang..Allah..Allah..

Sedikit teladan ingin dikongsikan buat sahabat2 yang disayangi Fillah..

STATUS:


apa faedahnya kita pertikai sikap sahabat2 kita yang taknak datang usrah, taknak pergi program, yg tak dapat nak tadhiyyah macam kita.

"aku pun exam gk esok, blh je dtg usrah"
"aku pn bkn ade duit sgt, tapi blh je buat kebajikan "..
adakah kita sudah jamin jalan yang kita lalui ini sudah terLaLu lurus??
Mari kita mengambil contoh daripada insan mulia Saidina Umar R.A. Beliau seorang yang telah Nabi saw jamin syurga buat dirinya, namun dalam munajatnya selalu ia menyebut : "Aku bimbang semua orang dimasukkan ke syurga kecuali seorang, dan aku bimbang orang itu adalah aku!"
nak pergi usrah, siLakan. tapi jangan buang masa kita dengan meng'ghibah' orang. masa zaman Nabi duLu biLa tiba seruan jihad dan ada yang tak pergi, pernah tak Nabi s.a.w meng"ghibah" sahabat tersebut? kalau ada, tolong bagitahu kisahnya pada sy yang tak tahu.
taknak pergi usrah pun siLakan, iLmu itu mendatangi, bukan didatangi..
teringat bait lirik lagu mawaddah;
Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah-olah mereka wira agamaKonon hendak membersihkan agama dari nodaYang sebenarnya berlakon di depan manusiaBukan hidup realitinya~recaLL, fokUs pd pnyeLesaian, bkn pada msLh dan manusia~

Status sahabat membuat diri ter"muhasabah,termenung,terfikir" seketika..adakah aku tergolong dalam golongan tersebut..Astargfirullah...terima kasih teman.
Subhanallah begitu halus INZAR kau tunjukkan pada diri ..cukup terkesan wasilah ini kau campakkan dihati kotor ini ..
Dalam diri bermonolog sendirian..dek kerana terlayan perasaan akan rasa keterkilanan sahabat2 yang mungkin belum terbuka untuk turut serta merasai ni'mat berukhuwah dan mengutip ilm..diri ini terlupa akan hadaf sebenar da'wah..apa yang sebenarnya yang kita mahu???...sehingga terbit prasangka2 yang kurang baik dan mungkin pernah ter"Ghibah" kerana terlalu seronok dan selesa dengan diri dan merasakan aku lah yang paling sempurna dikalangan yang lain..
ن يهده الله فلا مضللة,ومن يضلله فلا هادي له)
ungkapan muqaddimah distiap permulaan ucapan mengingatkan kembali akan hakikat hidayah itu bukan milik dan penuh manusia akan tetapi Allah swt Pemilik dan pemberi..DIA berhak meberikan kepada siapa yang Dia mahu..
         Firman Allah Taala: "Berlumba2 lah kamu dalam melakukan kebaikn"..                                                                   
Betul da'wah itu penting dan perlu!! tapi jangan lupa perlaksanaanya.. 
قال تعالى: ادعوا إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة
Tugas manusia adalah hanya setakat berusaha mengajak..yang merbitkan keinginan dan kudrat adalah Allah swt..siapa Aku mahu mengatur manusia untuk menjadi seperti aku???cukup baikkah aku???..

Bimbangnya aku ya Allah..Jauhilah aku  dari tergolong dalam 3 golongan yang disabdakan oleh baginda Rasulullah akan dimasukkan kedalam NERAKA..
1.Orang kaya- yang tidak menggunakan ni'mat kekayaan dengan sebaiknya dan berbangga2 akan kekayaan.
2.Para ilmuan- yang tidak memanfaatkan ilmu dengan saluran yang baik dan berbangga2 akan keilmuannya.
3.Pejuang - yang berbangga2 dengan statusnya dan mengharapkan pembalasan disebalik sumbangannya.
*Dimasukkan ke dalam  neraka,semuanya berpunca dari penyakit hati..

Alhamdulillah terima kasih ya Allah atas sifat Ar-Rahiim-Mu mencampakkan hidayah dan kesedaran buat diri ini yang semakin alpa dengan ni'mat-MU..

"تبنا إلى الله,ورجعنا إلى الله,وندمنا على ما فعلنا"
Ya Allah!..aku mohon pada-Mu agar diri x terus dibiarkan tanpa tuntunan-Mu..
Bimbinglah aku terus ke Jalan-Mu..
Jauhilah aku dari sebarang penyakit hati yang boleh merosakkan dan menghakis hubunganku dengan-Mu ya Allah..
Ya Allah jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dan menggunakan ni'mat pancaindera ini kjalan yang betul..
Engkau sebaik2 pembimbing..
Allahumma Aamiin..

Di mana bumi dipijak,
         Di situ Islam dijunjung


Rabu, 5 Oktober 2011

Jom kembali kepada fiTRah...


Jom Kembali pada FiTrah~


قال تعالى: ...ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون                     
                                                                                                                 {سورة البقارة:185 }
ALHAMDULILLAH..Apa yang terlebih penting kesyukuran atas sifat-Nya maha pengasih lagi maha penyayang atas kurniaan dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan baik di sini..harapannya agar Ramadhan yang telah lalu meninggalkan kesan sebagai bekalan untuk menempuhi bulan2 seterusnya..
Alhamdulillah…atas keizinan dari-Nya maha berkuasa,Raja seisi alam menyempatkan hambanya untuk mengecapi hari raya buat sekian kalinya..kali ini mungkin terlebih istimewa kerana tambahan satu lagi ni’mat berhari raya diperantauan..
Walaupun tanpa keluarga disisi..kemeriahannya tetap dirasai..banyak khibrah n I’brah yang dpt dikutip sepanjang bulan Ramadhan..tak kurang juga Hari Raya kali ini..
Bersama teman2 yang berbaki disini setelah hampir 75% pelajar2 mu’tah balik bercuti dan tak kurang juga yang ke luar negeri..Alhamdulillah..memang diakui perasaan sedih datang juga bertandang...namun semuanya tidak menjadi satu masalah besar disini kerana adanya “KELUARGA PERMATA”.
..Saban tahun yang menjadi pengarah bagi hari raya adalah ayah kita..dan programmernya ibu kita..Teringat suasana di rumah setiap kali diambang raya mereka lah yang paling sibuk melayan kerenah anak2 ..cuba menyediakan kelengkapan sebaik mungkin untuk  anak2 dari baju,kasut dll ..di malam raya ayah dan ibu jugalah sibuk menyediakan juadah2 untuk dini’mati keesokkan harinya..paginya mereka jua lah yang bertungkus lumus menyiapkan semuanya dari diri anak2 hinggalh persiapan rumah,makanan dan sebagainya..semuanya diurus..Subhanallah!
Disini,kemanisan berhari raya cukup terasa..bilamana dikenang2 ni’mat dikampung halaman..tetapi dirantau orang kita semua adalah pengarah dan programmer..semua ibarat satu kluarga tolong menolong..kelengkapan diri sudah tidak menjadi keperluan utama kami disini..yang ingin dirasai adalah ni’mat berhari raya bersama keluarga..hati2 terikat bermula dari ramadhan lagi..banyak aktiviti bersama dijalankan semuanya berpusat dirumah persatuan”PUSKMA”..

Bermula pada petang 29 syawwal kelengkapan2 untuk memasak sudah dibeli..setelah diumumkan bahawa esok raya semuanya mnuju ke rumah persatuan..sama2 bertakbir dan solat sunat tasbih..kemudian gotong royong bermula bagi menyiapkn juadah2 dan mnghias rumah persatuan kami..saling bkerjasama tidak mengenal usia…subhanallah..banyak juga menu2  yang dapat kami siapkan antaranya:nasi impit,rendang,lontong,kuah kacang,satay dan macam2 lagi…semuanya ala2 jordan..ada juga yang sponser aneka  kueh raya..
Keesokn harinya..kami sekali lagi berkumpul untuk sama2 bertakbir dan solat raya..Subhanallah terasa sungguh syahdu…ada juga sahabat2 yang tidak melepaskan peluang solat raya bersama2 masyarakat arab di sini..setelah selesai solat dan mendengar khutbah sedikit ucapn dr pimpinan buat pengubt anak2 rantau..sblm mnjmu selera ..slot bermaaf2 dan bergambar tidak ketinggalan..Selesai satu babak di pagi syawal.





Masuk pula di plot yang sepatutnya dan sentiasa kita lupa..iaitu satu pengajaran yang perlu kita ambil bersempena datangnya syawwal..

Muhasabah sejenak…..
Ghalibnya,Bilamana tibanya HARI RAYA ada beberapa item yang sentiasa di highlight kan..seolah2 menjadi syarat utk berhari raya..
1.Mesti bersama keluarga
2.Ada juadah/menu2  yang penuh dimeja
3.Mesti berpakaian baru dan cantik2(kalau boleh dari atas sampai bawah mesti baru)
 Sama2 kita berfikir sejenak”layakkah kita untuk berhari raya,sedang Ramadhan biasa2 saja”
Memetik tazkirah oleh Tuan guru Nik Abd.Aziz
“Setelah kita berpuasa, bertarawih, berqiamullail, bersedekah, berzikir sepanjang Ramadan, Allah menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar. Allahu Akbar maknanya kita kata dengan lidah sendiri bahawa "Allah yang terbesar".

Manakala yang lainnya ialah yang paling kecil yang mesti dipinggirkan bila bertembung dengan kehendak Allah. Betulkah pengakuan Allahu Akbar yang selalu kita sebutkan dalam azan, sembahyang dan laungan tertentu bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Agung atau hanya kita sebutkannya dengan lidah sebagai satu tradisi saja? 
Hari Raya bukan tradisi ciptaan orang Melayu, bukan juga tradisi ciptaan orang Arab. Ia adalah kehendak agama. Islam minta kita bersukaria, yang kita panggil berhari raya. 

Anak kecil, orang tua, orang sakit dan juga orang sihat, semuanya berasa seronok bila disebut hari raya. Kita kena faham, berhari raya itu sendiri adalah ibadah dan boleh pahala.
Jangan jadikan bulan syawwal yang mulia ini satu bulan untuk kita mmbalas dendam apa yng tertahan..dan melepskn ap yang tidak tertunai..NAUZUBILLAH MIN ZALIK
Tidak salah untuk kita meraikan hari ini..bahkan menjadi ibadah dan dituntut oleh baginda Nabi S.A.W dan sememangnya ia sesuai dengan fitrah manusia yang inginkan kegembiraan..tetapi sambutlah  dengan penuh kesederhanaan dan rasa kehambaan dan jgn lupa kepada  anjuran sebenar adalah untuk kita kembali kepada FITRAH..menyedari hakikat kita dijadikan oleh Allah SWT..dan bmuhasabah sejauh mana amln y tlh kita lakukan..
JOM KEMBALI KEPADA FITRAH~ J


Ajk pelaksana
KELUARGA PERMATA
syabab

KELUARGA PERMATA
akhawat

Raya seorang "aku"



"DI MANA BUMI DIPIJAK
                              DI SITU ISLAM DIJUNJUNG"
















          

Sabtu, 27 Ogos 2011

Tetamu yang Bakal pergi....

Bismillahirrahmaanirrahim..
Alhamdulillahi Wahdah,la Syariika lah ..Solaatu Wassalam a'la Ashrafil Mursalin Sayyidina Muhammad Khatimin Nabi Wa a'la Aalihi wasohbihi Ajmaien..


Lautan syukur dipanjatkan buat selama2nya atas ni'mat-Nya lagi menyempatkan aku dan mengolongkan aku dalam kalangan orang2 yang dapat menyambut kehadiran Ramadhan Kareem tahun ini dan ni'matnya lagi di bumi Urdun..ardun anbiya' wabarakah...Alhamdulillah..

Hari ini 27 ramadhan 1432h..masih berbaki lagi 2hari sebelum tetamu ini bakal meninggalkan kita..alhamdulillah,Ramadhan pertama di perantauan ,,satu pengalaman dan sentuhan yang baru buatku dan amat bernilai buat pedoman..oohhh..begitu ketara suasana di rantau orang berbanding dgn tanah air sendiri..
Semuanya berbeza,,masyarakatnya,suasananya,makanannya,cara sambutannya..dan lain2..alhamdulillah..dapat merasai dan cukup tenang Ramadhan di sini..

Amat kagum dengan masyarakatnya yang amat2 menghargai fadhilat bulan mulia ini..bermula dengan terawikh..dari 1 ramadhan sehingga sekarang..soffnya masih maintain..Budaya bersedekah & zakat turut dirasai...jemputan berbuka puasa sentiasa ada..dengan juadah2 yang amat2 mmbuka selera walaupun hanya beberapa jnis..dengan layanan taraf 5 bintang..(keistimewaan arab yang sentiasa dipuji)..

Mansaf Kambing

KabSah A'dnaaniyyah

MaqluBah
A'das



Aneka salaToh & Laban

Menu utama Ramadhan "Kutayyif"

manSaf Dajaj (Khas untk Malizi)


Mukhallal



     Sempat juga bersama2 dgn sebuah keluarga Um Malik berihya' Ullail..Sungguh seronok!..kagum dengan budaya mereka menghidupkan 10 mlm akhir shingga tidak tidur..bertadarrus,bermunajat serta mndengar sdkit halwa telinga..alangkah manisnya..tak ketinggalan juga pihak Persatuan Mahasiswa  Mu'tah (PERMATA) turut merebut peluang menganjurkan progra ihya' Ramadhan di sini dan sempat juga merasa majlis khatam semuanya hasil usaha kerjasama semua ..alhamdulillah satu suasana dan ni'mat serta pengalaman yang begitu bernilai bersama teman2 di perantauan..
Suasana di tanah air sendiri tak sama dgn waqi'nya di sini..di mana kurangnya?? mungkin kerna kita sendiri yang tiada kesedaran atau pun memang x rasa dan xnampak fadhilat di dalamnya...

Dari kecil hingga besar,,tua dan muda ..Ramadhan sentiasa dimomokkan dengan 1 bulan semata2 untuk stop seketika rutin2 harian biasa,,tahan diri dari makan dan minum..bulan untuk rehat panjang ...bulan solat terawikh..bulan untuk buat perkara2 baik..itu sahaja tanpa melihat kepada tujuan sebenar pensyariatan....natijahnya kita dapat lihat amalan2 itu semua hanya lah untk bulan ini semata2..10 malam terakhir pula kita diasuh memenuhi pasaraya2 untk persiapan raya..walaupun pada hakikatnya layakkh kita untk berhari raya kalau penghayatan ramadhan hanya biasa2 saja..



Ayuh teman2..kita koreksi dan muhasabah diri..sejauh manakah nilai kehambaan kita dsisi-Nya..moga madrasah ramadhan yang kita jalani ini mnjadi qudwah kepada bulan2 seterusnya..
mulakan lah dari diri lakukan perubahan untuk generasi seterusnya..
Terus merenung..muhasabah..

"di mana bumi dipijak,di situ ISLAM dijunjung"

Tarian pena Teman...

Alhamdulillah wahdah..wassolatu wa ssalam a'la man la nabiiyya ba'dah...
Kesyukuran dipanjatkan..dengan Kuasa Allah Swt & kasih sayang-Nya mempertemukan kembali sahabat seaqidah & seperjuangan yang amat ku sayangi dan rindui...ada kata2 y dihadiahkan buat diri ini..amat2 menghargainya,,,, (K.Wan Nur Husna)

Dingin bayu mendamaikan hati yang gelisah
 ciptaan tuhan yang terindah
 bila malam mjelma..aku merasa tenang dengan sunyinya malam
seolah insan yang ada masing2 menyimpan 1001 rahsia
 namun dikala ini..
aku masih mcari...mcari sinar yang bisa menunjukkan aku jalan yang diredhai
 musafir aku didunia ini..hanyalah ingin mencari cinta yang abadi
 dalam kembara ini..ujian untuk memperoleh cinta ilahi..telah aku lalui...
setiap ujian yang ku lalui..ku tunduk sujud menghambakan diri pada ilahi
 memohon kekuatan buat rohani..
kerna..hanya pada berserah pada ilahi
 yang bisa membuatkan aku terus ingin mencari maksud kasih yang abadi
 kasih yang tersulam cinta dari ilahi..yang memberikan rasa keinsafan dalam diri
 ya pemilik cinta abadi..ku serah hanyalah padamu
ku berusaha mencari sinar cintamu..
 dalam tawa..mungkinkah aku mendapat redhamu
 dalam sendu bisakah aku meraih cintamu..
 namun ku pohon disetiap langkahku..kau tuntunilah aku ya robbi
 moga disaat aku tsilap langkah kau bisa mgembalikan aku ke jln redhamu
 jalan yg mmbawa aku ke syurga firdausmu..
 kau memiliki hatiku...segalanya ku serah padamu
...................tamat................
Ayat yang paling menusuk jiwa..terharu...
 syah..rinduku xkan terhakis dengan gambaran..
 cintaku xkan terbuang dengan kekhilafan
 ku ikhlas menyayangi kerna ilahi
tiada apa yang bisa mengubah kasih yang terjalin bila redha ilahi mengiringi


Khususon Ila Ukhtie Habiebati( K.Husna Comey)

~Persahabatan~
Satu Ikatan yang lahir dari hati
Keinginan yang Ikhlas,bagi berkongsi tawa tangis dan keakraban
tempat berbicara setulusnya
bermuhasabah seikhlasnya 
Pertemuan yang tak pernah dirancang dan dijangka
Namun hadirnya membawa 1001 pengertian yang bermakna

Biar berbeza Asal Usia kita, Ukhuwwah harus kita bina
kerna di situ ada manisnya...

Ya Allah..Andai sahabatku resah,
Tenangkanlah jiwanya dengan teduhan Ma'rifah-Mu
Andai dirinya terancam,lindungilah jasadnya dengan Kebesaran-Mu
Andai tubuhnya kedinginan,selimutilah dirinya dengan Kehangatan Kasih sayang-Mu
Andai dirinya merindu,rinduilah jiwanya dengan saat bertemu dengan-Mu
Ya Allah...Jangan kau biarkan hati,jiwa dan jasadnya terpesona dengan duniawi 
Khusyukkan jiwanya dalam ruku' dan sujud menghadap-Mu
Berikanlah kejayaan buatnya Dunia & Akhirat
Semoga dia adalah sahabatku selamanya.... 





Harapanku moga ikatan yang dibina atas landasan Ukhuwwahfillah..akan terus kukuh,segar dan sentiasa berpanjangan hingga ke syurga..~Kerana Ukhuwwah Itu Indah~

"Di mana bumi dipijak,di situ islam dijunjung"

Jumaat, 12 Ogos 2011

MenGERtikan RAMADHAN tetamu Yang DirA'I..

Salam RaMadhan Kareem 1432H...
(Allahu Akram)


Alhamdulillah walhamdulillah tsummal hamdulillah..lautan syukur sama2 kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas ni'mat yang menyempatkan kita sekali lagi pada tahun ini untuk menerima Tetamu yang sentiasa kita nanti2..


قال تعالى:" ياّ أيها الذين اّمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون"
                                                                                                               ( سورة البقرة :183)
Pengertian PUASA

Bahasa:  menahan dan mencegah sesuatu
Syara' : "Puasa atau shiyam adalah menahan diri dari hal-hal yang dapat membatalkan puasa mulai dari
terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari dengan niat untuk beribadah kepada Allah".
Tafsiran lanjut http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=65&ID=154






    Pelbagai pengertian dan tafsiran puasa yang selalu kita dengar dan baca bilamana diambang dan tibanya 
Ramadhan..tetapi sejauh mana perlaksanaan dan penghayatan tentang bulan barakah ini...dengan nama yang sama tapi adakah begitu juga dengan natijahnya..
Teringat kata2 Doc Thalib Surairah ketika menyampaikan tazkirah bersempena Ramadhan.."          
"شهر رمضان هو شهر الشباب,شهر تغيير الشخص,شهر محاسبة النفس........."

    Tafsiran yang sentiasa disalah ertikan.adakah hanya mengambil tafsiran secara maadi iaitu berpuasa dari makan dan minum semata2 atau secara ma'nawi ,semua anggota berpuasa lahiriyyah dan bathiniyyah dari segenap sudut dari melakukan maksiat kepada KHALIQ..Bulan Ramadhan adalah bulan pemuda(semangat dan kuat) bukan semakin lemah...bulan untuk Kita merubah diri dari yang buruk kepada baik dan lebih baik, juga bulan untuk kita bermuhasabah dari segenap perkara...adakah kita ikhlas atau hipokrit semata...moga bulan ini menjadi perintis dan contoh kepada bulan yang lain...
    Jom kita lihat beberapa peristiwa penting yang berlaku pada bulan ini..


  •  Bulan diturunkan al-Quran
  •  Perang Badar : 2 Ramadhan 2 Hijrah
  •  Islam Membuka kota Mekah : 10 Ramadhan 6 hijrah
  • Perjalanan Nabi Muhamad S.A.W ke Tabuk
  • Islam sampai ke Yaman : Ramadhan 10 Hijrah
  • Khalid al-Walid meruntuhkan berhala al-'Uzza : Ramadhan 9 Hijrah
  • Penyerahan Bandar Taif : Ramadhan 9 Hijrah
  • Pembukaan Andalus (Sepanyol ,oleh Tariq Bin Ziyad): 28 Ramadhan 92 Hijrah
  • Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol 
  • Dan banyak lagi http://tunasislam.blogspot.com/2008/09/sejarah-penting-dan-peperangan-di-bulan.html                                                                                                                                                Ini menunjukkan pada kita bulan Ramadhan bukan bulan untuk mencipta seribu macam alasan..bahkan untuk lebih bersemangat dan lebih bertenaga dalam melaksanakan apa jua tugasan..


      Ayuh..sama2 Kita muhasabah adakah datangnya bulan ini sebagai agenda tahunan yang mesti kita lalui semata2 mengikut taqwim Hijri??? atau ianya tuntutan yang perlu kita tuntuti dalam mentarbiyah serta menyucikan diri sebagai insani???moge ada bezanya Ramadhan kali ini dengan yang sebelumnya..


تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم..................
"Di mana Bumi Dipijak
              Di situ ISLAM Dijunjung"






























..Bulan al-Quran..

                                                                                                             ( سورة البقرة : 185)

Mafhumnya:
 Firman Allah Ta'ala: " Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran,sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk iti dan pembeza (antara yang benar dan yang batil)...."



Bulan yang diganjari dengan limpahan kurnia..sama2 mengihya'kan RAMADHAN kali ini dengan menjalinkan hubungan dengan sahabat baik kite "Al-Quran"..moge ikatan ini lbih rapat dan erat..


Sabda Nabi SAW: Puasa dan Al-Quran akan datang memberi SYAFAAT kpd kita di hari kiamat kelak.Puasa berkata: Ya Allah,aku telah melarang hamba ini dri makan,minum dan syahwatnya di siang hari. Berilah aku hak utk memberi syafat kpdnya. Al-Quran pula berkata:Aku telah melarang hamba ini tidur di waktu malam agar dia membaca ku. Berilah aku hak utk memberi syafaat kpdnya.Mereka diberi izin utk berbuat demikian. -Hadis Sahih Riwayat Ahmad-








"Di mana Bumi Dipijak 

                       Di situ ISLAM dijunjung"








Isnin, 6 Jun 2011

Di mana KITA????

Assalamualaikum wbt..


Teringat satu slot bersama delegasi Raudhatus  Sakinah & ummi Ros (Pengasas Raudhatus Sakinah)..sedikit sebanyak memberiku satu booster dan Tasyji' dalam menuntut ilmu di dataran anbiya' ini..
Ummi Ros (6 dari kanan)
Perkongsian pengalamannya serta pencerahan situasi yang berlaku di Malaysia,dengan kebejatan sosial..ketenatan moral dan syakhsiah, membuka mindaku dan menyuntik semangat serta kesedaran untuk terus istiqomah di arena ini dan apa yang menjadi syahidnya di sini adalah..PULANG UNTUK MENUNAIKAN KEWAJIPAN SELAKU DAI'E..dan sampaikan tanpa memilh golongan2 tertentu dan menyisihkan golongan2 tertentu..kata ummi Ros "Dakwah Untuk semua,tugasan ini perlu dipikul dan lebih UTAMA lagi adalah yang bergelar graduan SYARIAH" ...kata2nya menusuk kalbu..dan mengetuk lamunan diri yang selama ini hanya berhabis masa memikirkan kepentingan diri.. 


Kagum sejenak bila melihat semangat dan kesedaran yang tinggi yang ada pada diri Ummi Ros selaku salah seorang pengasas walaupun bukanlah berlatar belakangkan jurusan syariah..tetapi kesedaran dan harapannya mengalahkan yang sepatutnya..


Pengalaman berdepan dengan pelbagai situasi dalam menerima dan mentarbiyah golongan yang kurang tarbiyah sedikit sebanyak memberi gambaran situasi yang akan ku lalui akn datang..begitu gementar dan resahnya hati ini bila memikirkan tanggungjawab dan tugasan yang bakal dipikul akan datang..adakah aku mampu untuk mnjadi sebegitu..kuatkah aku...???


Hakikatnya semua itu bakal ditempuhi..selaku mahasiswa SYARIAH ianya perlu dan mesti juga kita galasi..agar masyarakat islami dapat kita bentuk..siapa lagi kalau bukan kita???
Tepuk dada tanya IMAN..


Wallah taala a'lam..
Di mana bumi dipijak di situ ISLAM dijunjung

Ahad, 5 Jun 2011

Sudah @0 tahun................

Assalamualaikum wbt..


Segala puji bagi Allah..tuhan sekalian alam..yang melimpahkan berjuta,bermilion,berbilion bahkan xterhitung dengan bilangan makhluk... kurnianya yang tidak mampu dihiitung oleh sesiapa sahaja..bertepatan dengan Firmannya ..قال تعالى: "وإن تعدوا نعمت الله لا تحصوها"ا....selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..atas perjuangan serta pengorbanan beliau dan sahabatnya memungkinkan kita sampai ke tahap ini dapat mengecapi 2 ni'mat terbesar iaitu iman dan islam...


Alhamdulillah walhamdulillah..tsummal hamdulillah..
Hari ini 6hb Jun 2011..Genap umurku 20 tahun..alhamdulillah skali lagi dirafa'kan buat yang selayaknya atas anugerah serta ni'mat umur yang tidak ternilai ini...kebiasaan hari2 sebegini sentiasa disambut dengan penuh kegembiraan dan keceriaan..akan tetapi satu hakikat yang mungkin kita terlepas pandang iaitu makin hampirnya saat yang dtetapkan dan makin singkatnya waktu untuk melaksanakan apa yang belum terlaksana lagi iaitu bekalan diri n tanggungjawab pada ISLAam.
Dengan tibanya saat ini mengisyaratkan padaku akan bertambahnya umur serta hampirnya akan saat kematian..hati terasa gelisah dan bimbang bila memikirkan hari tua..terasa ingin sekali berada selamanya di usia belasan akan tetapi semua itu mustahil kerana waktu itu bukan milik kita..dan amat mustahil untuk dikembalikan ..waktu itu kehidupan..ianya akan teruuuuuuuuus kedepan dan tak akan sesekali pandang ke belakang...itulah aturan tuhan..begitu juga dengan detik kematian yang mana bile tibanya saat yang telah ditetapkan ianya akan berlaku tepat pada mase yang telah ditahdidkan...benarlah firman Allah taala:             "إذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون"


Hati terdetik...sudah 20 tahun ku hidup dengan kurniaan beribu2 kurniaan tuhan...apakah yang telah aku lakukan..dan sebanyak mana sumbangan untuk islam telah ku curahkan???
Ya Allah !!begitu hinanya hambamu ini...mnjadi hamba yang tidak mengenang budi...tidak mampu melaksanakan amanah sebagai hamba yang baik yang bersyukur dan mengenang budi...


Ya Allah ..bersempena dengan ini ku berazam dengan izin dari-Mu ..
akan cuba melaksanakan amanah sebagai hamba
akan cuba menjadi tenaga kerja dan penerus perjuangan yang ikhlas dan tsabat kepada islam
akan cuba menjadi anak yang solehah,anggota masyarakat yang bermanfaat kepada semua,...


Ya Allah aku berlindung denganmu dari apa yang telah didoakan oleh Nabi Muhamad SAW :                        اللهم إني أعوذبك من أردل العمر"ر"..ya Allah..aku berlindung denganmu dari umur panjang yang tidak memberi manfaat kepada yang lain...


Hassan Al-Basri pernah ditanya..
"Wahai Abu Sai'ed,siapakah manusia yang paling keras teriakannya pada hari Qiamat?",beliau menjawab: "Orang yang dikurniakan ni'mat,tetapi menggunakannya untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT"


Antara doa yang sentiasa diamalkan oleh Nabi Muhamad SAW..
للهم اجعلني شكورا وجعلني صبورا وجعلني في عيني صغيرا وفي أعين الناس كبيرا"


Moge bertambah usia ini seiring dengan pertambahan amal sebagai bekal untuk kehidupan kedua kelak.. 
Aku berlindung jua dari sebarang maksiat dan khilaf yang menghalangku untuk menggapai Redha-Mu..  Sama2 muhasabah diri..moge ni'mat usia yang dikurniakan dapat dimanfaatkn dengan sebaik mungkin..demi Deen tercinta...moga diri ini sentiase menjadi pemudah cara bukan beban kpd yang lain..
Alfu syukr atas ingatan kalian,Jazakillah kheir
(ahli bayt Rodhina,k.aisyah comey,k.afifah,k.asma'& k.naim)


Wallahu taala a'lam..
Di mana bumi dipijak,di situ ISLAm dijunjung..

"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.."