Isnin, 14 Februari 2011

Secebis muhasabah bersama...

SALAM MAULIDUR RASUL..
Adakah kita layak digelar ummat NABI MUHAMAD S.A.W? 
sudahkah kita mengamalkan sunnahnya ????







SALAM MAULIDUR RASUL..
Alangkah indahnya hidup ini ..
Andai dapat ku tatap wajahmu..
Dan pasti mengalir air mataku..
kerna rinduku padamu...


.............................................


Engkau taburkan pengorbananmu..
Untuk ummatmu yang tercinta.. 
Biar terpaksa tanggung derita.. 
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya..
Tak terjangkau tinggi pekertimu.. 
Tidak tergambar indahnya akhlakmu.. 
Tidak terbalas segala jasamu..
Sesungguhnya engkau Rasul mulia..
Tabahnya hatimu menempuh dugaan..
Mengajar erti kesabaran..
Menjulang panji kebenaran..
Terukir namamu di dalam Al-Quran.. 

Petikan nasyid:Raihan & hijazz...

Muslimat POWER..satu tAsyjii'..


Muslimat Power! 
Sejarah Perjuangan Muslimat

Penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan perjuangan menegakkan kalimatul haq di atas muka bumi ini bukan perkara baru. Malah ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

Contoh yang ditunjukkan oleh muslimat terdahulu seperti isteri pertama Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah menjadi wanita pertama yang menyahut seruan Iman. Seorang yang cukup setia menemani baginda dalam susah dan senang , tidak pernah berhenti berusaha menenangkan hati baginda, menjadi penyokong dan sumber kekuatan yang kuat kepada baginda. Saidatina Khadijah....... yang asalnya dari golongan bangsawan yang mempunyai harta yang banyak, menjadi sumber kewangan kepada perjuangan Islam ketika itu atas sifatnya yang sangat pemurah. Sehingga diriwayatkan, di akhir hayatnya, tidak ada harta yang tinggal padanya, semuanya diinfakkan ke jalan ALLAH SWT. Kewafatan Saidatina Khadijah membuatkan Rasulullah SAW berduka kerana kehilangan seorang isteri yang setia, pembantu
dan pembela baginda dalam melanjutkan tugas dakwah yang suci ini. Kata baginda;

“Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-permpuan lain (isteri-isteriku)”

Begitu dalamnya cinta dan sayang baginda kepada Saidatina Khadijah. Saya pasti, sukar untuk kita mencari wanita sehebat beliau dalam sejarah perjuangan muslimat hari ini.

Sejarah tidak melupakan kehebatan seorang wanita yang hebat dalam ilmu Al-Quran, hadis, ilmu fiqh, sejarah dan juga Bahasa Arab, iaitu juga salah seorang isteri baginda Rasulullah yang dikahwini pada usia yang begitu muda, Saidatina Aisyah r.a. Abu Burdah bin Musa dari ayahnya ada menerangkan bahwa ; “setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah r.a pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah..” Tercatat juga dalam sejarah bahawa Saidatina Aisyah r.a adalah termasuk salah seorang daripada 7 orang Majlis Syura. Kehebatan Saidatina Aisyah r.a dalam bidang ilmu banyak membantu baginda dalam menyampaikan risalah dakwah terutamanya dikalangan kaum wanita.

Saya tampilkan juga seorang lagi pejuang muslimat yang cukup tegar di medan peperangan,penuh keberanian, Nusaibah binti Ka’ab. Nusaibah antara wanita yang ikut sama di dalam perang Uhud, yang tugasnya memberi minum kepada muslimin yang berperang dan terluka di siang hari. Namun di saat genting, ketika tentera muslimin dalam porak poranda akibat tidak mengikuti arahan baginda Rasulullah, beliau segera mendekati Rasulullah dengan pedang dan anak panah sebagai pelindung kepada baginda. Di dalam peperangan ini, dengan keberanian yang ada pada Nusaibah, beliau telah mendapat luka yang teruk di seluruh badannnya di mana luka itu mengambil masa selama satu tahun untuk sembuh. Nusaibah sehingga kini disebut sebagai Srikandi Perisai Nabi.

Seorang lagi srikandi yang saya suka untuk kongsikan di sini iaitu, Sumayyah, orang pertama yang bergelar syahid. Kerana teguh dengan keimanan, beliau diseksa dengan begitu kejam sekali oleh Abu Jahal. Beliau dipakaikan baju besi dan dijemur dibawah terik panas matahari yang membakar. Kerana keteguhan inilah, Abu Jahal telah merejam beliau dengan tombak sampai mati. Teringat saya akan bait-bait indah dalam lagu yang disampaikan oleh kumpulan Hijjaz akan perjuangan syahidah pertama ini.

Sabarlah keluarga Yasir bagimu Syurga di sana
Dan kau pen tega memilih syurga
Walau terpaksa berkorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kau lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipata sejarah

Bait lagu ini pernah menanam satu semangat dan keinginan yang tinggi dalam hati dan jiwa saya untuk menjadi seorang insan yang berbakti kepada agama selama kehidupan ini.

Ramai lagi pejuang muslimat yang boleh dijadikan contoh dan ikutan kita di zaman ini. Cumanya, saya tampilkan empat srikandi ini untuk saya rumuskan beberapa perkara.

Pertama, seorang isteri itu perlu ada kesetiaan dan rela hidup bersama dengan suami dalam senang dan susah. Tidak kira dalam kondisi dia seorang yang berkerjaya, yang lebih tinggi gajinya daripada suami, ataupun yang mempunyai pangkat yang tinggi dalam jamaah berbanding suami. Kesetiaan ini, mampu memberi impak yang tinggi kepada si suami dalam meneruskan perjuangan seperti setianya Saidatina Khadijah kepada baginda Rasulullah SAW. Susah senang suami dapat dirasai bersama oleh isteri dan sentiasa berada di sampingnya untuk memberikan semangat kepada suami.

Kedua, seorang isteri perlu ada kemahiran psikologi yang baik. Ilmu kejiwaan ini sangat membantu dalam kehidupan suami yang berada dalam gerakan dakwah ini. Mereka yang berjaya menguasai ilmu psikologi ini dapat membantu suami dalam perjalanan dakwah dengan tenang di samping pertolongan dari ALLAH.

Ketiga, kepentingan ilmu. Muslimat yang ingin berada dalam gerakan dakwah, perlu ada ilmu. Agar perjuangannya mempunyai sandaran dan asas. Imam Hasan Al-Banna sendiri meletakkan rukun pertama dalam arkanul bai’ah ialah FAHAM. Untuk memahami, muslimat harus dilengkapkan dengan ilmu dan menyampaikan juga berdasarkan ilmu. Sebagaimana Saidatina Aisyah r.a yang menjadi gedung ilmu, begitulah juga muslimat pada hari ini. Yusuf Qardhawi menyebut, adalah wajib bagi setiap wanita terhadap orang tuanya, anak-anaknya, serta kawan-kawan sejantina dengannya, untuk menganjurkan pembersihan aqidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam. Dan kewajipan ini memerlukan ilmu.

Keempat, muslimat harus berani. Muslimat kadang-kadang perlu dibelakang sebagai pendorong dan pembantu, namun ada masa dan ketikanya harus di hadapan. Sebagaimana Nusaibah yang asalnya bergerak sebagai pemberi air dan perawat luka tentera muslimin, namun, di saat yang genting, memerlukan dia untuk tampil ke hadapan berjuang di medan peperangan. Muslimat sebagai isteri solehah, ibu mithali, keutamaannya adalah mendidik anak-anak, namun tidak bererti dia harus meninggalkan lapangan dakwah dalam konteks masa kini yang memerlukan tenaga muslimat di lapangan dakwah. Jadi, harus bijak bertindak. Bagaimana? Rancang dan fikirlah.

Kelima
, mujahadah dan kesabaran yang tinggi. Indahnya kesabaran dan semangat jihad yang ditunjukkan oleh Sumayyah dalam mempertahankan aqidahnya. Hakikat kehidupan dalam perjuangan, jika mudah dan senang itu, bukan dinamakan perjuangan. Sabar kita dalam berkerjaya, sabar kita dalam menguruskan rumahtangga, sabar kita dalam menyampaikan dakwah. Andai hilang kesabaran, rebahlah kita di pertengahan jalan.



Ehsan : Dewan Muslimat PAS Kampar Perak


Mohon Sharing is Caring Credit :http://u-jam.blogspot.com/2011/01/dimanakah-muslimat-power.html


Dialog malam pertama...baca sambil ambil intipati..



Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut....Si suami membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong...agak lama...sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu...Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur...itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu...ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.
Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)
Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama
Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T
isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.
Isteri : Saya tidak Cantik....

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah..
Isteri : Saya juga ingin cantik...

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?
Isteri: Itu yang saya mahukan...

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!
Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham... dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada...nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)
Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti...

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur " (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)
Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..

Suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan tadi...ingatkah?
Isteri : Oh..ada2 ingat....

Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .


Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham...maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan Awak , lagi satu...bidadari Syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!


Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?

Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).

Isteri : Wah....saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).

Isteri : Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasululullah dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan..biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta ahli-ahli u-jam tolong buatkan artikel!

Isteri : Asyik2 U-jam...Baiklah...jadi sekarang saya nak tuntut tanggungjawab abang!

Suami : Selamat membaca ya pengunjung u-jam...jangan lupa share artikel ini dan letakkan link u-jam sebagai sumber....penat dah menaip ni...hangpa copy paste ja... =)


Artikel Asal Penulis : Ibnu Rahman
Rujukan : Al-Quran & Hadith , Kitab Muktabar

http://u-jam.blogspot.com/2010/12/malam-pertama-dialog-suami-isteri-18sx.html

MUHIM JIDDAN!!!!





WAJIB DIBACA! kepadasesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)
Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat
( AMIRUL AMIN )

Sabtu, 12 Februari 2011

Tazkiyatun Nafs..

        Alhamdulillah..terasa ni'matnya Ber TDI dengan adik-beradik usrahku yang begitu kusayangi..terasa memori di DQ berulang kembali..Alhamdulillah ya ALLAH kerana memberi ni'mat dan peluang sekali lagi untuk aku terus menggali ilmu yang luas..kekadang terdetik dihatiku..adakah aku mampu memanfaatkan dengan sebaiknya peluang dan ni'mat yang dianugerahkan ini?..adakah aku mampu istiqomah..mencari dan terus mencari?..dan adakah aku mampu untuk mencurahkan kepada masyarakat yang memerlukan? dan paling ku bimbangi adakah ku mampu untuk mentatbitkan pada diri sendiri?...Ya Allah! Bantulah aku..                                     
      Pada TDI kali ini..tajuk yang dibincangkan amat menarik kerana bukan sahaja ilmu bahkan merupakan satu muhasabah untuk diri yang sentiasa alpa dan leka..ku tertarik dengan pembentangan oleh ketua usrahku K.YONG..yang membentangkan kepada kami berkenaan sikap MARAH..ingin ku kongsikan sedikit sebanyak mutiara-mutiara ilmu yang kami bincangkan..




JAUHI SIFAT MARAH..

:عن أبي هريرة رضي الله عنه, أ ن رجلا قال لنبي صلى الله عليه وسلم
           .أوصيني, قال: لا تغضب. فردد مرارا, قال :لاتغضب     
-رواه البخاري-

Daripada Abu Hurairah R.A, Bahawa sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah S.A.W:
Nasihatkanlah daku.Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. lelaki itu mengulangi persoalan tersebut berulang kali.Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah..

-Diriwayatkan oleh Bukhari- (dipetak daripada Matan Arbaien hadith 16)

# Hadith ini cukup memberi gambaran kepada kita betapa pentingnya mengawal nafsu ammarah..sehingga disebut oleh nabi dalam hadith nya sebagai nasihat yang terpenting walaupun ditanya beberapa kali..
MARAH terbahagi kepada dua iaitu..
*tercela = ianya lahir di luar kawalan dan mengikut telunjuk nafsu.
*terpuji = ianya lahir berpandukan keimanan spt: melihat kemungkaran,mempertahankan yang hak dan lain-lain.

Hadith ini bukan sahaja melarang kita marah malah yang dimaksudkan dengan perkataan لا تغضب ialah,"mengelakkan sebarang sebab yang boleh membawa kepada kemarahan"..Sebagaimana Saidina Ali Karramallahu wajhah pernah berkata: " Sifat pemarah adalah musuh utama akal"..

# Ini kerana banyak kesan yang boleh kita lihat berpunca dengan MARAH..
Oleh yang demikian antara LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MARAH..
  • Berwudhu'
  • Zikrullah(bertasbih dan  beristighfar)
  • Ubah kedudukan samada berdiri,duduk atau baring.
  • Ingat peringatan dalam Al-Quran
  • Diam dan berbanyakkan doa agar Allah melindungi kita dari sifat marah.
  • Ingat kesan marah
  • Datangkan kesedaran dalam diri bahawa kita adalah manusia yang hina dan sifat itu hanya layak disandarkan pada Allah s.w.t

#Imam Ghazali berkata: 10 PUNCA DATANGNYA SIFAT MARAH..
  1. Rasa bangga diri
  2. Taa'sub pada peribadi sendiri
  3. Bergurau senda berlebihan/melampau
  4. Bercakap perkara sia-sia
  5. Fitnah
  6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
  7. Khianat
  8. Tamak kepada harta dan pangkat
  9. Tidak mampu mengendalikan nafsu dan emosi
  10. Irihati

         Oleh yang demikian marilah sama-sama kita muhasabah diri kita adakah kita sering bersikap sedemikian?....adakah kita sudah menghayati nasihat yang telah disabdakan oleh baginda?..dari sini kita dapat lihat betapa banyaknya khilaf kita,betapa kecilnya kita jika nak dibandingkan dengan baginda s.a.w dengan sebesar-besar ujian beliau masih mampu menahan marah dan bersabar tanpa rungutan..justeru itu marilah sahabat-sahabat yang dikasihi kita mencedok sedikit sebanyak input yang disampaikan oleh baginda untuk sama-sama kita teladani.. 

Di mana bumi dipijak di situ ISLAM dijunjung..


Rabu, 9 Februari 2011

Berbahagialah duhai wanita..

Sedang duduk-duduk membelek buku ku tertarik kepada suatu kisah yang penuh informasi mengenai persoalan Asma' bt Yazid R.A secara langsung kepada baginda Rasulullah S.A.W..Jom sama-sama kita ikuti kisah tersebut moga sama-sama mendapat input...

BERBAHAGIALAH DUHAI WANITA...


Asma' bt Yazid R.A seorang wanita Ansar telah datang menemui Rasulullah S.A.W lalu berkata:
    "Ya Rasulullah! Tuan terlebih aku kasih daripada kedua ibu bapaku.Wanita-wanita islam telah mewakilkanku untuk bercakap dengan tuan.Sesungguhnya tuan adalah nabi bagi kaum lelaki juga wanita.Kebanyakan masa,kami tinggal di dalam rumah kami,diilingkup dengan empat dinding rumah,kami telah ditetapkan untuk menjadi tempat sasaran nafsu kelakian,melahirkan anak untuk mereka serta menjaga rumah mereka.Sementelahan kaumlelaki pula dapat menandingi kami dari segi ganjaran dengan sesuatu yang kami tidak boleh buat.Mereka keluar ke masjid untuk solat jemaah dan solat Jumaat,menziarahi si sakit,menghadiri jenazah,menunaikan haji demi haji,dan terlebih besar daripada itu pula mereka berjuang di jalan Allah.
   Apabila mereka pergi Haji atau berjihad,kamilah yang menjaga harta benda mereka,mendidik anak-anak mereka serta menjahit pakaian-pakaian mereka.Tidakkah kami dapat mengongsi sama segala ganjaran yang mereka perolehi?"

Lalu Rasulullah S.A.W baersabda kepada sahabat-sahabatnya..
"Pernahkah kamu dengar soalan yang sangat baik daripada seorang wanita?"

Dijawab oleh para sahabat:
"Ya Rasulullah! Kami tidak menyangka bahawa wanita tersebut akan mengajukan soalan yang demikian.."

Rasulullah S.A.W berpaling kepada Asma' R.A lalu bersabda memberitahunya:
"Dengarlah baik-baik dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantarmu sebagai wakil bahawa apabila seseorang wanita dapat menyukai suaminya dan melaksanakan kerja-kerja rumahtangga yang memuaskan hatinya,maka beliau juga akan dapat ganjaran yang sama daripada apa sahaja amalan agama yang dilakukan oleh kaum lelaki"

Maka kembalilah Asma' R.A dengan penuh gembiranyasetelah memperolehi jawapan terhadap soalan yang telah diajukannya.
...................................................................................................................................
  • Seorang wanita yang diredhai oleh suaminya pada saat kematiannya akan terus masuk syurga 
  • Seseorang itu akan dikutuk oleh malaikat jika sekiranya si suami tidak redha kepadanya dan dia berenggang daripada suami pada malam itu dengan keadaan si suami dalam keadaan marah.
  • Solat dua orang tidak akan naik melepasi kepala mereka ke langit.Mereka ialah seorang hamba yang melarikan dirinya dan isteri yang tidak taat.
# Perkara tersebut telah diriwatkan daripada Rasululah S.A.W..

Kisah ini menggambarkan kepada kita peri penting KETAATAN..Ketaatan utama yang perlu dititik beratkan adalah ketaatan kepada Sang Al-KHALIQ..yang mana merupakan tuan segala tuan..ketaatan kepada RASULULLAH dalam mengamalkan segala sunnahnya..seterusnya ketaatan kepada 2 insan yang paling berjasa sejak dari kecil iatu IBU BAPA dan setelah masuk ke alam rumahtangga ketaatan beralih kepada sang SUAMI.."Ketaatan dan akhlak yang baik terhadap suami adalah suatu harta yang sangat besar kepada wanita-wanita dengan syarat mereka tahu tentang nilainya.."



"Di mana bumi dipijak di situ ISLAM dijunjung"

Selasa, 8 Februari 2011

Ibu sebagai booster..

"SEMOGA ALLAH MENYATUKAN DAKU DENGAN MEREKA.."


Al-kisah seorang ibu bernama KHANSA R.A..
     Beliau seorang penyair wanita yang masyhur.Beliau memeluk agama islam di Madinah beserta beberapa orang dari puaknya. Ibnu Katsir menulis:
''Kesemua ahli Kesusasteraan bersepakat menyatakan bahawa Khansa  adalah penyair terbaik dalam bahasa arab.Tidak ada seorang dalam sejarah yang telah menulis syair sebaiknya."


   Di zaman Khalifah Umar R.A pada tahun 16H berlakulah peperangan Qadsiah antara tentera-tentera muslimin dengan tentera-tentera Parsi.Khansa R.A bersama-sama empat orang anaknya menyertai peperangan tersebut.Ketika menjelangnyapeperangan,beliau pun berkata sesuatu untuk menyemarakkan semangat ke dalam jiwa anak-anaknya.
  "Wahai anak-anakku! kamu memeluk islam dan berhijah kerana desakan jiwamu sendiri.Demi Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya,kamu adalah anak-anak daripada bapa yang sama dan juga ibu yang sama.Tidak pernah ku berlaku curang terhadap bapamu dan menghina bapa saudaramu sebelah ibu.Daku tidak merelakan sedikit pun noda tercatat pada kelahiranmu yang mulia ataupun mengotori nasab keturunanmu.kamu semua tahu apakah ganjaran yang akan dikurniakan oleh Allah terhadap mereka yang berjuang di jalan-Nya menentang musuh kafirin.Ingatlah kamu bahawa kehidupan akhirat yang abadi terlebih baik daripada kehiduupan sementara dunia ini.Allah Taala berfirman di dalam kitabullah:  "Hai orangorang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah kamu bersiap siaga (diperbatasan negerimu)dan bertaqwalah kepada Allah,supaya kamu beroleh keuntungan. " 
Apabila kamu bangun keesokan hari,bersedialah untuk menyumbangkan sesuatu yang terbaik daripada dirimu untuk peperangan ini.Terus maju ke barisan musuh,mintalah pertolongan daripada Allah.Apabila kamu lihat api peperangan menjulang menyerbulah ke tengah- tengah lalu hadapilah ketua-ketua musuh.Insyallah kamu akan memperolehi tempatmu di Syurga penuh kemuliaan dan kejayaan"


Keesokan harinya,tatkala peperangan sedang memuncak keempat-empat anaknya mara ke barisan musuh.Satu demi satu mereka menyerang musuh, sambil membacakan rangkap syair ibu,merka berjuang sehingga semuanya gugur syahid.Apabila ibunya mendapat berita ini ,lalu beliau berkata:
"Alhamdulillah yang telah memuliakanku dengan kesyahidan mereka .Semoga Allah menyatukan daku dengan mereka di bawah bayangan kerahimanNya."


    Subhanallah...beginilah sahabat-sahabat apa yang ditonjolkan oleh Khunsa R.A yang boleh kita jadikan sebagai tokoh para Ibu,yang mana merelakan bahkan mendorong pula anak-anaknya supaya berjuang melawan musuh menegakkan syiar islam..akhirnya beliau menyambut berita kesyahidan kesemua anak-anaknya dengan penuh kesyukuran dan bangga bukan dengan tangisan..sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah ini adakah kita juga boleh dan mampu untuk mengikut jejak langkah tokoh tersebut???


"Di mana bumi dipijak,di situ ISLAM dijunjung"
*sumber:kisah kehidupan dan perjuangan para Sahabat R.A..
              Syeikhul Hadith Maulana Muhamad Zakariya Khandalawi

"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.."