Rabu, 1 Jun 2011

BERTEmu kembali...

Bismillahirrahmaanirrahim....
Assalamualaikum wbt..
Selautan syukur buat RABBUL IZZATI,juga kiriman selawat buat junjungan mulia Nabi Muhamad S.A.W...


Alhamdulillah wal-hamdulillah tsummal-hamdulillah sekali lagi dilafazkan..menandakan kesyukuran yang tidak terhingga di atas ni'mat n kurnia dari-Nya kerana masih diberi kudrat n kesempatan ruang untuk terus berceloteh di medan ini setelah 4 bln lamenye telah ta'jil dari laman ini...sehingga berhabuk dan berdebu serta suram ku kira..
insyallah akan ku cube mengelapnya dengan menyuntik semangatnya agar energy ~~EisyaturRaadhiah''~~ menonjol semula..
hm..bukan kerana kesempitan mase dan banyaknya taklifat lain tapi semuanya kerana kurang sistematiknya time management..kekadang rasa kagum dan hairan melihat teman2 blogger yang begitu aktif dan itqan dalam mengup date laman2.. menyampaikan mutiara2 ilmu dan lontaran idea2 mereka walaupun kekangan waktu sentiasa ada..mereka semua membakar semangatku untuk terus cuba dan cuba menguruskan waktu dengan sebaiknya agar tiada yang tercicir dan semuanya boleh dilakukan dengan murattab dan istimraar..walaupun tidak dinafikan"الواجبات اكثر من الأوقات"...


Betapa pentingnya ni'mat masa itu sehingga Allah swt merakamkan satu inzar dalam Kitab-Nya( surah Al-'Asr)

SURAH Al- 'ASR

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan 
kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


   
Muhasabah bersama:
"Allah itu Maha A'dil,semua kita diberikan ni'mat masa yang sama rata iaitu setahun 365 hari, 12 bulan ,7 hari seminggu dan 24 jam sehari..semuanya diserahkan pada hamba-Nya untuk diurus serta dikawal.."


"Cerdasnya orang yang BERIMAN adalah dia mampu mengolah hidupnya yang sesaat untuk hidup yang panjang..Hidup bukan untuk hidup,Hidup untuk yang MAHA HIDUP"


*Insya Allah..sama2 ambil i'brah..gunakan ni'mat masa dengan sebaiknya jangan hanya mereka alasan..moga semuanya bernilai ibadah di sisi-Nya..


salam temu kembali.....
Wallahu 'alam


Di mana Bumi dipijak di situ ISLAM dijunjung
       

0 ulasan:

Catat Ulasan

"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.."