Bismillahirrahmaanirrahim..
Innalhamdan wassanaan LILLAHIRABB,,,wassolatu wassalaaman a'la nutil mustofa habiibil mursalin wa aalihi wasohbihi ajmaien..
Sedang meninjau2 di alam maya mncari secebis motivasi buat diri..terjumpa satu blog yang agak "terkena tepaat pada diri..terkesaan tepat pada hati"..alhamdulillah Allah swt telah mnggerakkn diri untk membaca blog n..
Ku titipkan entry nya di sini agar turut menjadi muhasabah jua buat yang membacanya..yang bergelar DAIe'.
Dia telah mendengar pengisian-pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit menegakkan Deen. Dia telah menelan makna sebenar kesaksian. Dia telah bersetuju menggalas dakwah ini di atas bahunya, dia telah rapi mengatur langkahnya bersama rombongan angkatan pejuang al-haq ini.
Dia juga telah membuka seluruh jiwanya untuk menerima kehadiran berita-berita pedih yang bakal muncul di sepanjang jalan yang sangat panjang ini. Dia sudah mula menghiasi kotak mindanya dengan merenung keruntuhan umat dan membenarkan hal itu merobek-robek hatinya yang rindu melihat Islam kembali tertegak di tanah tempat dia berpijak. Ya, dia seorang da'ie yang baru mulai sedar bahawa dia seorang da'ie!
Namun, dia juga yang kemudiannya menonton movie di depan laptop. Bukan satu atau dua movie dalam simpanannya, tapi satu foldernya penuh dengan movie pelbagai tema. Kadang-kadang dia menonton secara online.
Da'ie itu juga yang selepas habis berhalaqah, dia bermain permainan video di komputer. Kadang-kadang sendiri, kadang pula berteman. Tak juga mustahil, temannya itu juga seorang da'ie!
Ada masa, dia seorang da'ie yang tekun membaca komik. Ada masa pula, novel menjadi pilihan-Twilight, Di Persisiran Rindu, Eat Pray Love dan bermacam lagi. Dialah da'ie yang selepas berpenat mengharungi musim peperiksaan lalu dia berehat dengan membelek-belek majalah hiburan untuk mencari secebis keseronokan.
Facebook apa kurangnya, buat dia terhibur. Kadang, berjam-jam juga dia melekat. Dia da'ie yang rancak melayan chatting, comment-comment sana sini, like itu ini; dan seribu macam lagi interaksi di laman Facebook yang tidak penting pun sebenarnya. Kadang-kala, sehingga solat dilengah-lengahkannya.
Dia juga merupakan da'ie yang masih ringan menjaga ikhtilat - masih ber'SMS' dan bercakap di telefon dengan corak ikhtilat yang sepatutnya tidak terlihat pada seseorang da'ie yang sudah faham.
Ada waktu pul, dia adalah da'ie yang masih berkeinginan untuk pergi ke tempa-tempat 'bergembira' seperti panggung wayang misalnya, atau keraian-keraian yang ada terselit unsur-unsur lagha. Dengan rasionalnya bahawa dia jaga pakaian, dia bukan pergi dengan couple, dia bukan pergi lama dan bermacam bentuk lagi alasan untuk membenarkan kehendak dalam dirinya itu. Tak kurang juga alasan yang berbunyi, dia kan seorang da'ie, dia kan pergi usrah, dia kan rancak berprogram! Sekali sekala ke birthday party bukan salah pun.
Sounds familiar??
Itulah hakikatnya seorang da'ie, atau bukan seorang tapi ramai sebenarnya da'ie yang masih gagal mengikis karat-karat jahiliah pada dirinya. Kefahaman tentang tugasnya terhadap deen sudah ada, malangnya dia masih gagal menolak kehendak nafsu yang membisik-bisik dalam dirinya - iaitu dorongan rasa mahu untuk mendapat secebis keseronokan di sebalik aktiviti-aktiviti sia (lagha) itu.
Wahai dai'e! Bagaimana kamu mahu menyeru manusia kepada Rabb, agar bertuhankan Allah dan HANYA Allah sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak-kehendak yang bersembunyi dalam diri kamu itu? Kamu masih dibayangi telunjuk kemahuan-kemahuan itu?
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"
(Al-Jatsiyah ayat 23)
Wahai dai'e! sedarkah kamu bahawa gerak kerja ini perlukan perkakasan yang benar-benar baik dan mantap kalau ia ingin dilaksanakan dengan jaya. Sedarkah kamu bahawa kita sudah tak punya masa, kita sudah kesuntukan tenaga.
Masih ingatkah kamu wahai dai'e, akan sepuluh wasiat yang Imam Hassan Al-Banna tinggalkan?
Dirikanlah solat dengan segera apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
Bacalah al-Qur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.
Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
Sedarkah kamu wahai dai'e, jalan ini sudah tersedia sangat panjang dan penuh liku, dan ia akan jadi bertambah panjang dan berliku kalau peserta-peserta nya dipikat-pikat oleh kepalsuan manisnya noda jahiliyah.
Sedarkah kamu wahai dai'e, bukan dakwah yang memerlukan kamu, bukan dakwah yang akan rugi kalau kamu tidak kikis dan buang karat jahiliyah itu. Akan tetapi kamu yang akan rugi, akan lebih sakit dan payah, akan lebih perlahan dan akhirnya kecundang. Mahukah kamu tersingkir dari rombongan ini?
Wahai dai'e yang di sayangi, sedarlah betapa bertuahnya kamu kerana dipilih oleh Allah untuk menemui erti perjuangan ini lantas turut bersamanya. Betapa bertuahnya kamu kerana mengenal al haq. Maka jangan lah kamu cemarkan kesucian al haq itu dengan noda jahiliyah yang kamu tak ingin tinggalkan.
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."
(Al-Baqarah, 42)
Wahai dai'e yang sedang menelan pahitnya mujahadah, sesungguhnya kamu sudah mengerti hakikat ini. Dan kamu memang sedar akan kesulitan ini. Ya, kamu sedang berperang dengan nafsu, kamu sedang lelah berlawan dengan sisa jahiliyah yang begitu bertubi-tubi serangan nya sambil bergerak memikul dakwah di atas dada kamu.
Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyannya. Andai kamu hampir terlena, moga ini jadi penggeranya.
Ayuh dai'e!! Tinggalkan semua kenikmatan palsu itu, andai kamu merasa dunia ini banyak pesonanya, ingatlah bahawa rahmat dan syurga Allah itu jauh lebih manis dan indah, dan Dia tidak sekali-kali mungkir pada janjiNya. Asalkan kamu, benar-benar berjihad!
"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah-membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepada-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(At-Taubah, 39)
Ayuh wahai dai'e, kita maju ke hadapan!
~salam muhasabah~
Di Mana Bumi dipijak,
Di situ ISLAM dijunjung