Sabtu, 12 Februari 2011

Tazkiyatun Nafs..

        Alhamdulillah..terasa ni'matnya Ber TDI dengan adik-beradik usrahku yang begitu kusayangi..terasa memori di DQ berulang kembali..Alhamdulillah ya ALLAH kerana memberi ni'mat dan peluang sekali lagi untuk aku terus menggali ilmu yang luas..kekadang terdetik dihatiku..adakah aku mampu memanfaatkan dengan sebaiknya peluang dan ni'mat yang dianugerahkan ini?..adakah aku mampu istiqomah..mencari dan terus mencari?..dan adakah aku mampu untuk mencurahkan kepada masyarakat yang memerlukan? dan paling ku bimbangi adakah ku mampu untuk mentatbitkan pada diri sendiri?...Ya Allah! Bantulah aku..                                     
      Pada TDI kali ini..tajuk yang dibincangkan amat menarik kerana bukan sahaja ilmu bahkan merupakan satu muhasabah untuk diri yang sentiasa alpa dan leka..ku tertarik dengan pembentangan oleh ketua usrahku K.YONG..yang membentangkan kepada kami berkenaan sikap MARAH..ingin ku kongsikan sedikit sebanyak mutiara-mutiara ilmu yang kami bincangkan..




JAUHI SIFAT MARAH..

:عن أبي هريرة رضي الله عنه, أ ن رجلا قال لنبي صلى الله عليه وسلم
           .أوصيني, قال: لا تغضب. فردد مرارا, قال :لاتغضب     
-رواه البخاري-

Daripada Abu Hurairah R.A, Bahawa sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah S.A.W:
Nasihatkanlah daku.Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. lelaki itu mengulangi persoalan tersebut berulang kali.Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah..

-Diriwayatkan oleh Bukhari- (dipetak daripada Matan Arbaien hadith 16)

# Hadith ini cukup memberi gambaran kepada kita betapa pentingnya mengawal nafsu ammarah..sehingga disebut oleh nabi dalam hadith nya sebagai nasihat yang terpenting walaupun ditanya beberapa kali..
MARAH terbahagi kepada dua iaitu..
*tercela = ianya lahir di luar kawalan dan mengikut telunjuk nafsu.
*terpuji = ianya lahir berpandukan keimanan spt: melihat kemungkaran,mempertahankan yang hak dan lain-lain.

Hadith ini bukan sahaja melarang kita marah malah yang dimaksudkan dengan perkataan لا تغضب ialah,"mengelakkan sebarang sebab yang boleh membawa kepada kemarahan"..Sebagaimana Saidina Ali Karramallahu wajhah pernah berkata: " Sifat pemarah adalah musuh utama akal"..

# Ini kerana banyak kesan yang boleh kita lihat berpunca dengan MARAH..
Oleh yang demikian antara LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MARAH..
  • Berwudhu'
  • Zikrullah(bertasbih dan  beristighfar)
  • Ubah kedudukan samada berdiri,duduk atau baring.
  • Ingat peringatan dalam Al-Quran
  • Diam dan berbanyakkan doa agar Allah melindungi kita dari sifat marah.
  • Ingat kesan marah
  • Datangkan kesedaran dalam diri bahawa kita adalah manusia yang hina dan sifat itu hanya layak disandarkan pada Allah s.w.t

#Imam Ghazali berkata: 10 PUNCA DATANGNYA SIFAT MARAH..
  1. Rasa bangga diri
  2. Taa'sub pada peribadi sendiri
  3. Bergurau senda berlebihan/melampau
  4. Bercakap perkara sia-sia
  5. Fitnah
  6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
  7. Khianat
  8. Tamak kepada harta dan pangkat
  9. Tidak mampu mengendalikan nafsu dan emosi
  10. Irihati

         Oleh yang demikian marilah sama-sama kita muhasabah diri kita adakah kita sering bersikap sedemikian?....adakah kita sudah menghayati nasihat yang telah disabdakan oleh baginda?..dari sini kita dapat lihat betapa banyaknya khilaf kita,betapa kecilnya kita jika nak dibandingkan dengan baginda s.a.w dengan sebesar-besar ujian beliau masih mampu menahan marah dan bersabar tanpa rungutan..justeru itu marilah sahabat-sahabat yang dikasihi kita mencedok sedikit sebanyak input yang disampaikan oleh baginda untuk sama-sama kita teladani.. 

Di mana bumi dipijak di situ ISLAM dijunjung..


0 ulasan:

Catat Ulasan

"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.."