Isnin, 7 Februari 2011

Awas!!! Gara-gara HATI..


Tambah kapsyen
Awas!!! GARA- GARA HATI


Sabda Rasulullah S.a.w...mafhumnya: " 3 golongan manusia di Akhirat kelak akan dimasukkan ke dalam API NERAKA..


1) Orang Alim - yang mana mereka menggunakan kea'limannya bukan kerana Allah S.W.T..tapi kerana manusia semata-mata.menggunakan ilmu dengan cara yang salah untuk bermujadalah menunjuk-nunjuk kehebatan ilmunya dan berbangga-bangga dengan kelebihannya..


2) Orang yang berjihad - yang mana mereka berjuang tetapi terpesong nawaitu iaitu inginkan kedudukan,hasil selepas berjuang serta keGah an daripada manusia bukan kerana Allah S.W.T..


3) Orang kaya - yang mana mereka menyalah gunakan ni'mat kekayaan tersebut..yang bersedekah/menderma kerana supaya mendapat tempat di hati manusia ,pujian serta sanjungan..




Jika kita perhatin..semua yang disebut adalah berpunca dari satu iaitu penyakit hati..Yang mana telah dicetuskan oleh musuh utama umat islam dulu kini dan selamanya..oleh itu mari sama-sama kita berusaha bermujahadah melawan nafsu dan godaan syaitan laknatullah agar sama-sama terpelihara dari penyakit tersebut..
Ayuh sahabat sekalian!..kita merenung sejenak serta koreksi diri,adakah kita tergolong dalam golongan yang telah disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhamad S.A.W ..??? jika kita pernah terdetik yang demikian,saya menyeru diri ini serta sahabat-sahabat sekalian marilah sama-sama kita perbanyakkan ISTIGHFAR memohon ampunan dari Raja segala raja iaitu Allah S.W.T..selagi mana nyawa diberi ni'mat ruang untuk bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat dan sebelum nyawa berada di halkum..  
أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم 


"di mana bumi dipijak di situ ISLAM dijunjung" 

0 ulasan:

Catat Ulasan

"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.."