Rabu, 5 Oktober 2011

Jom kembali kepada fiTRah...


Jom Kembali pada FiTrah~


قال تعالى: ...ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون                     
                                                                                                                 {سورة البقارة:185 }
ALHAMDULILLAH..Apa yang terlebih penting kesyukuran atas sifat-Nya maha pengasih lagi maha penyayang atas kurniaan dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan baik di sini..harapannya agar Ramadhan yang telah lalu meninggalkan kesan sebagai bekalan untuk menempuhi bulan2 seterusnya..
Alhamdulillah…atas keizinan dari-Nya maha berkuasa,Raja seisi alam menyempatkan hambanya untuk mengecapi hari raya buat sekian kalinya..kali ini mungkin terlebih istimewa kerana tambahan satu lagi ni’mat berhari raya diperantauan..
Walaupun tanpa keluarga disisi..kemeriahannya tetap dirasai..banyak khibrah n I’brah yang dpt dikutip sepanjang bulan Ramadhan..tak kurang juga Hari Raya kali ini..
Bersama teman2 yang berbaki disini setelah hampir 75% pelajar2 mu’tah balik bercuti dan tak kurang juga yang ke luar negeri..Alhamdulillah..memang diakui perasaan sedih datang juga bertandang...namun semuanya tidak menjadi satu masalah besar disini kerana adanya “KELUARGA PERMATA”.
..Saban tahun yang menjadi pengarah bagi hari raya adalah ayah kita..dan programmernya ibu kita..Teringat suasana di rumah setiap kali diambang raya mereka lah yang paling sibuk melayan kerenah anak2 ..cuba menyediakan kelengkapan sebaik mungkin untuk  anak2 dari baju,kasut dll ..di malam raya ayah dan ibu jugalah sibuk menyediakan juadah2 untuk dini’mati keesokkan harinya..paginya mereka jua lah yang bertungkus lumus menyiapkan semuanya dari diri anak2 hinggalh persiapan rumah,makanan dan sebagainya..semuanya diurus..Subhanallah!
Disini,kemanisan berhari raya cukup terasa..bilamana dikenang2 ni’mat dikampung halaman..tetapi dirantau orang kita semua adalah pengarah dan programmer..semua ibarat satu kluarga tolong menolong..kelengkapan diri sudah tidak menjadi keperluan utama kami disini..yang ingin dirasai adalah ni’mat berhari raya bersama keluarga..hati2 terikat bermula dari ramadhan lagi..banyak aktiviti bersama dijalankan semuanya berpusat dirumah persatuan”PUSKMA”..

Bermula pada petang 29 syawwal kelengkapan2 untuk memasak sudah dibeli..setelah diumumkan bahawa esok raya semuanya mnuju ke rumah persatuan..sama2 bertakbir dan solat sunat tasbih..kemudian gotong royong bermula bagi menyiapkn juadah2 dan mnghias rumah persatuan kami..saling bkerjasama tidak mengenal usia…subhanallah..banyak juga menu2  yang dapat kami siapkan antaranya:nasi impit,rendang,lontong,kuah kacang,satay dan macam2 lagi…semuanya ala2 jordan..ada juga yang sponser aneka  kueh raya..
Keesokn harinya..kami sekali lagi berkumpul untuk sama2 bertakbir dan solat raya..Subhanallah terasa sungguh syahdu…ada juga sahabat2 yang tidak melepaskan peluang solat raya bersama2 masyarakat arab di sini..setelah selesai solat dan mendengar khutbah sedikit ucapn dr pimpinan buat pengubt anak2 rantau..sblm mnjmu selera ..slot bermaaf2 dan bergambar tidak ketinggalan..Selesai satu babak di pagi syawal.





Masuk pula di plot yang sepatutnya dan sentiasa kita lupa..iaitu satu pengajaran yang perlu kita ambil bersempena datangnya syawwal..

Muhasabah sejenak…..
Ghalibnya,Bilamana tibanya HARI RAYA ada beberapa item yang sentiasa di highlight kan..seolah2 menjadi syarat utk berhari raya..
1.Mesti bersama keluarga
2.Ada juadah/menu2  yang penuh dimeja
3.Mesti berpakaian baru dan cantik2(kalau boleh dari atas sampai bawah mesti baru)
 Sama2 kita berfikir sejenak”layakkah kita untuk berhari raya,sedang Ramadhan biasa2 saja”
Memetik tazkirah oleh Tuan guru Nik Abd.Aziz
“Setelah kita berpuasa, bertarawih, berqiamullail, bersedekah, berzikir sepanjang Ramadan, Allah menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar. Allahu Akbar maknanya kita kata dengan lidah sendiri bahawa "Allah yang terbesar".

Manakala yang lainnya ialah yang paling kecil yang mesti dipinggirkan bila bertembung dengan kehendak Allah. Betulkah pengakuan Allahu Akbar yang selalu kita sebutkan dalam azan, sembahyang dan laungan tertentu bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Agung atau hanya kita sebutkannya dengan lidah sebagai satu tradisi saja? 
Hari Raya bukan tradisi ciptaan orang Melayu, bukan juga tradisi ciptaan orang Arab. Ia adalah kehendak agama. Islam minta kita bersukaria, yang kita panggil berhari raya. 

Anak kecil, orang tua, orang sakit dan juga orang sihat, semuanya berasa seronok bila disebut hari raya. Kita kena faham, berhari raya itu sendiri adalah ibadah dan boleh pahala.
Jangan jadikan bulan syawwal yang mulia ini satu bulan untuk kita mmbalas dendam apa yng tertahan..dan melepskn ap yang tidak tertunai..NAUZUBILLAH MIN ZALIK
Tidak salah untuk kita meraikan hari ini..bahkan menjadi ibadah dan dituntut oleh baginda Nabi S.A.W dan sememangnya ia sesuai dengan fitrah manusia yang inginkan kegembiraan..tetapi sambutlah  dengan penuh kesederhanaan dan rasa kehambaan dan jgn lupa kepada  anjuran sebenar adalah untuk kita kembali kepada FITRAH..menyedari hakikat kita dijadikan oleh Allah SWT..dan bmuhasabah sejauh mana amln y tlh kita lakukan..
JOM KEMBALI KEPADA FITRAH~ J


Ajk pelaksana
KELUARGA PERMATA
syabab

KELUARGA PERMATA
akhawat

Raya seorang "aku"



"DI MANA BUMI DIPIJAK
                              DI SITU ISLAM DIJUNJUNG"
















          

"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.."