Selasa, 8 Februari 2011

Ibu sebagai booster..

"SEMOGA ALLAH MENYATUKAN DAKU DENGAN MEREKA.."


Al-kisah seorang ibu bernama KHANSA R.A..
     Beliau seorang penyair wanita yang masyhur.Beliau memeluk agama islam di Madinah beserta beberapa orang dari puaknya. Ibnu Katsir menulis:
''Kesemua ahli Kesusasteraan bersepakat menyatakan bahawa Khansa  adalah penyair terbaik dalam bahasa arab.Tidak ada seorang dalam sejarah yang telah menulis syair sebaiknya."


   Di zaman Khalifah Umar R.A pada tahun 16H berlakulah peperangan Qadsiah antara tentera-tentera muslimin dengan tentera-tentera Parsi.Khansa R.A bersama-sama empat orang anaknya menyertai peperangan tersebut.Ketika menjelangnyapeperangan,beliau pun berkata sesuatu untuk menyemarakkan semangat ke dalam jiwa anak-anaknya.
  "Wahai anak-anakku! kamu memeluk islam dan berhijah kerana desakan jiwamu sendiri.Demi Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya,kamu adalah anak-anak daripada bapa yang sama dan juga ibu yang sama.Tidak pernah ku berlaku curang terhadap bapamu dan menghina bapa saudaramu sebelah ibu.Daku tidak merelakan sedikit pun noda tercatat pada kelahiranmu yang mulia ataupun mengotori nasab keturunanmu.kamu semua tahu apakah ganjaran yang akan dikurniakan oleh Allah terhadap mereka yang berjuang di jalan-Nya menentang musuh kafirin.Ingatlah kamu bahawa kehidupan akhirat yang abadi terlebih baik daripada kehiduupan sementara dunia ini.Allah Taala berfirman di dalam kitabullah:  "Hai orangorang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah kamu bersiap siaga (diperbatasan negerimu)dan bertaqwalah kepada Allah,supaya kamu beroleh keuntungan. " 
Apabila kamu bangun keesokan hari,bersedialah untuk menyumbangkan sesuatu yang terbaik daripada dirimu untuk peperangan ini.Terus maju ke barisan musuh,mintalah pertolongan daripada Allah.Apabila kamu lihat api peperangan menjulang menyerbulah ke tengah- tengah lalu hadapilah ketua-ketua musuh.Insyallah kamu akan memperolehi tempatmu di Syurga penuh kemuliaan dan kejayaan"


Keesokan harinya,tatkala peperangan sedang memuncak keempat-empat anaknya mara ke barisan musuh.Satu demi satu mereka menyerang musuh, sambil membacakan rangkap syair ibu,merka berjuang sehingga semuanya gugur syahid.Apabila ibunya mendapat berita ini ,lalu beliau berkata:
"Alhamdulillah yang telah memuliakanku dengan kesyahidan mereka .Semoga Allah menyatukan daku dengan mereka di bawah bayangan kerahimanNya."


    Subhanallah...beginilah sahabat-sahabat apa yang ditonjolkan oleh Khunsa R.A yang boleh kita jadikan sebagai tokoh para Ibu,yang mana merelakan bahkan mendorong pula anak-anaknya supaya berjuang melawan musuh menegakkan syiar islam..akhirnya beliau menyambut berita kesyahidan kesemua anak-anaknya dengan penuh kesyukuran dan bangga bukan dengan tangisan..sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah ini adakah kita juga boleh dan mampu untuk mengikut jejak langkah tokoh tersebut???


"Di mana bumi dipijak,di situ ISLAM dijunjung"
*sumber:kisah kehidupan dan perjuangan para Sahabat R.A..
              Syeikhul Hadith Maulana Muhamad Zakariya Khandalawi

0 ulasan:

Catat Ulasan

"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.."