Ahad, 5 Jun 2011

Sudah @0 tahun................

Assalamualaikum wbt..


Segala puji bagi Allah..tuhan sekalian alam..yang melimpahkan berjuta,bermilion,berbilion bahkan xterhitung dengan bilangan makhluk... kurnianya yang tidak mampu dihiitung oleh sesiapa sahaja..bertepatan dengan Firmannya ..قال تعالى: "وإن تعدوا نعمت الله لا تحصوها"ا....selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..atas perjuangan serta pengorbanan beliau dan sahabatnya memungkinkan kita sampai ke tahap ini dapat mengecapi 2 ni'mat terbesar iaitu iman dan islam...


Alhamdulillah walhamdulillah..tsummal hamdulillah..
Hari ini 6hb Jun 2011..Genap umurku 20 tahun..alhamdulillah skali lagi dirafa'kan buat yang selayaknya atas anugerah serta ni'mat umur yang tidak ternilai ini...kebiasaan hari2 sebegini sentiasa disambut dengan penuh kegembiraan dan keceriaan..akan tetapi satu hakikat yang mungkin kita terlepas pandang iaitu makin hampirnya saat yang dtetapkan dan makin singkatnya waktu untuk melaksanakan apa yang belum terlaksana lagi iaitu bekalan diri n tanggungjawab pada ISLAam.
Dengan tibanya saat ini mengisyaratkan padaku akan bertambahnya umur serta hampirnya akan saat kematian..hati terasa gelisah dan bimbang bila memikirkan hari tua..terasa ingin sekali berada selamanya di usia belasan akan tetapi semua itu mustahil kerana waktu itu bukan milik kita..dan amat mustahil untuk dikembalikan ..waktu itu kehidupan..ianya akan teruuuuuuuuus kedepan dan tak akan sesekali pandang ke belakang...itulah aturan tuhan..begitu juga dengan detik kematian yang mana bile tibanya saat yang telah ditetapkan ianya akan berlaku tepat pada mase yang telah ditahdidkan...benarlah firman Allah taala:             "إذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون"


Hati terdetik...sudah 20 tahun ku hidup dengan kurniaan beribu2 kurniaan tuhan...apakah yang telah aku lakukan..dan sebanyak mana sumbangan untuk islam telah ku curahkan???
Ya Allah !!begitu hinanya hambamu ini...mnjadi hamba yang tidak mengenang budi...tidak mampu melaksanakan amanah sebagai hamba yang baik yang bersyukur dan mengenang budi...


Ya Allah ..bersempena dengan ini ku berazam dengan izin dari-Mu ..
akan cuba melaksanakan amanah sebagai hamba
akan cuba menjadi tenaga kerja dan penerus perjuangan yang ikhlas dan tsabat kepada islam
akan cuba menjadi anak yang solehah,anggota masyarakat yang bermanfaat kepada semua,...


Ya Allah aku berlindung denganmu dari apa yang telah didoakan oleh Nabi Muhamad SAW :                        اللهم إني أعوذبك من أردل العمر"ر"..ya Allah..aku berlindung denganmu dari umur panjang yang tidak memberi manfaat kepada yang lain...


Hassan Al-Basri pernah ditanya..
"Wahai Abu Sai'ed,siapakah manusia yang paling keras teriakannya pada hari Qiamat?",beliau menjawab: "Orang yang dikurniakan ni'mat,tetapi menggunakannya untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT"


Antara doa yang sentiasa diamalkan oleh Nabi Muhamad SAW..
للهم اجعلني شكورا وجعلني صبورا وجعلني في عيني صغيرا وفي أعين الناس كبيرا"


Moge bertambah usia ini seiring dengan pertambahan amal sebagai bekal untuk kehidupan kedua kelak.. 
Aku berlindung jua dari sebarang maksiat dan khilaf yang menghalangku untuk menggapai Redha-Mu..  Sama2 muhasabah diri..moge ni'mat usia yang dikurniakan dapat dimanfaatkn dengan sebaik mungkin..demi Deen tercinta...moga diri ini sentiase menjadi pemudah cara bukan beban kpd yang lain..
Alfu syukr atas ingatan kalian,Jazakillah kheir
(ahli bayt Rodhina,k.aisyah comey,k.afifah,k.asma'& k.naim)


Wallahu taala a'lam..
Di mana bumi dipijak,di situ ISLAm dijunjung..

0 ulasan:

Catat Ulasan

"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.."