Teringat satu slot bersama delegasi Raudhatus Sakinah & ummi Ros (Pengasas Raudhatus Sakinah)..sedikit sebanyak memberiku satu booster dan Tasyji' dalam menuntut ilmu di dataran anbiya' ini..
![]() |
Ummi Ros (6 dari kanan) |
Kagum sejenak bila melihat semangat dan kesedaran yang tinggi yang ada pada diri Ummi Ros selaku salah seorang pengasas walaupun bukanlah berlatar belakangkan jurusan syariah..tetapi kesedaran dan harapannya mengalahkan yang sepatutnya..
Pengalaman berdepan dengan pelbagai situasi dalam menerima dan mentarbiyah golongan yang kurang tarbiyah sedikit sebanyak memberi gambaran situasi yang akan ku lalui akn datang..begitu gementar dan resahnya hati ini bila memikirkan tanggungjawab dan tugasan yang bakal dipikul akan datang..adakah aku mampu untuk mnjadi sebegitu..kuatkah aku...???
Hakikatnya semua itu bakal ditempuhi..selaku mahasiswa SYARIAH ianya perlu dan mesti juga kita galasi..agar masyarakat islami dapat kita bentuk..siapa lagi kalau bukan kita???
Tepuk dada tanya IMAN..
Wallah taala a'lam..
Di mana bumi dipijak di situ ISLAM dijunjung
0 ulasan:
Catat Ulasan