Sabtu, 10 Disember 2011

Kekadang silap itu PERLU..


Sollu a'la HABIIBIL MUSTOFA..
Sollu a'la Nabiyyil Kareem..
Sollu a'la Rasulul Ameen..
Allahumasolli wasallim ala'Sayyidina Muhammad wa a'la Aalihi,waAzwaajihi,waAshaabihi,waTtabiiena biihsaani ila yaumiDdin..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran ke hadrat Rabbul Jalil atas limpahan Rahmat dan Inayah-Nya yang berterusan dari dulu hingga sekarang..Allah..Allah..

Sedikit teladan ingin dikongsikan buat sahabat2 yang disayangi Fillah..

STATUS:


apa faedahnya kita pertikai sikap sahabat2 kita yang taknak datang usrah, taknak pergi program, yg tak dapat nak tadhiyyah macam kita.

"aku pun exam gk esok, blh je dtg usrah"
"aku pn bkn ade duit sgt, tapi blh je buat kebajikan "..
adakah kita sudah jamin jalan yang kita lalui ini sudah terLaLu lurus??
Mari kita mengambil contoh daripada insan mulia Saidina Umar R.A. Beliau seorang yang telah Nabi saw jamin syurga buat dirinya, namun dalam munajatnya selalu ia menyebut : "Aku bimbang semua orang dimasukkan ke syurga kecuali seorang, dan aku bimbang orang itu adalah aku!"
nak pergi usrah, siLakan. tapi jangan buang masa kita dengan meng'ghibah' orang. masa zaman Nabi duLu biLa tiba seruan jihad dan ada yang tak pergi, pernah tak Nabi s.a.w meng"ghibah" sahabat tersebut? kalau ada, tolong bagitahu kisahnya pada sy yang tak tahu.
taknak pergi usrah pun siLakan, iLmu itu mendatangi, bukan didatangi..
teringat bait lirik lagu mawaddah;
Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah-olah mereka wira agamaKonon hendak membersihkan agama dari nodaYang sebenarnya berlakon di depan manusiaBukan hidup realitinya~recaLL, fokUs pd pnyeLesaian, bkn pada msLh dan manusia~

Status sahabat membuat diri ter"muhasabah,termenung,terfikir" seketika..adakah aku tergolong dalam golongan tersebut..Astargfirullah...terima kasih teman.
Subhanallah begitu halus INZAR kau tunjukkan pada diri ..cukup terkesan wasilah ini kau campakkan dihati kotor ini ..
Dalam diri bermonolog sendirian..dek kerana terlayan perasaan akan rasa keterkilanan sahabat2 yang mungkin belum terbuka untuk turut serta merasai ni'mat berukhuwah dan mengutip ilm..diri ini terlupa akan hadaf sebenar da'wah..apa yang sebenarnya yang kita mahu???...sehingga terbit prasangka2 yang kurang baik dan mungkin pernah ter"Ghibah" kerana terlalu seronok dan selesa dengan diri dan merasakan aku lah yang paling sempurna dikalangan yang lain..
ن يهده الله فلا مضللة,ومن يضلله فلا هادي له)
ungkapan muqaddimah distiap permulaan ucapan mengingatkan kembali akan hakikat hidayah itu bukan milik dan penuh manusia akan tetapi Allah swt Pemilik dan pemberi..DIA berhak meberikan kepada siapa yang Dia mahu..
         Firman Allah Taala: "Berlumba2 lah kamu dalam melakukan kebaikn"..                                                                   
Betul da'wah itu penting dan perlu!! tapi jangan lupa perlaksanaanya.. 
قال تعالى: ادعوا إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة
Tugas manusia adalah hanya setakat berusaha mengajak..yang merbitkan keinginan dan kudrat adalah Allah swt..siapa Aku mahu mengatur manusia untuk menjadi seperti aku???cukup baikkah aku???..

Bimbangnya aku ya Allah..Jauhilah aku  dari tergolong dalam 3 golongan yang disabdakan oleh baginda Rasulullah akan dimasukkan kedalam NERAKA..
1.Orang kaya- yang tidak menggunakan ni'mat kekayaan dengan sebaiknya dan berbangga2 akan kekayaan.
2.Para ilmuan- yang tidak memanfaatkan ilmu dengan saluran yang baik dan berbangga2 akan keilmuannya.
3.Pejuang - yang berbangga2 dengan statusnya dan mengharapkan pembalasan disebalik sumbangannya.
*Dimasukkan ke dalam  neraka,semuanya berpunca dari penyakit hati..

Alhamdulillah terima kasih ya Allah atas sifat Ar-Rahiim-Mu mencampakkan hidayah dan kesedaran buat diri ini yang semakin alpa dengan ni'mat-MU..

"تبنا إلى الله,ورجعنا إلى الله,وندمنا على ما فعلنا"
Ya Allah!..aku mohon pada-Mu agar diri x terus dibiarkan tanpa tuntunan-Mu..
Bimbinglah aku terus ke Jalan-Mu..
Jauhilah aku dari sebarang penyakit hati yang boleh merosakkan dan menghakis hubunganku dengan-Mu ya Allah..
Ya Allah jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dan menggunakan ni'mat pancaindera ini kjalan yang betul..
Engkau sebaik2 pembimbing..
Allahumma Aamiin..

Di mana bumi dipijak,
         Di situ Islam dijunjung


0 ulasan:

Catat Ulasan

"Dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.."